fbpx

Alvin Chong nak tolong orang ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Alvin Chong, 30, bekerjasama dengan The Giving Bank bagi membantu mereka yang lebih memerlukan menerusi kempen Live To Give.

Menurut Alvin, dia berbesar hati untuk menyertai kempen itu selepas melihat sendiri pelbagai permasalahan yang berlaku dalam hidup seharian masyarakat.

“Banyak berita buruk seperti ada orang yang sakit tetapi penyakitnya tidak pernah kita dengar. Saya fikir kalau mereka mendapatkan bantuan terlebih dulu mungkin ia tidak akan melarat seperti sekarang.

“Malah ada juga yang bunuh diri selain mengalami pelbagai jenis kemurungan disebabkan pandemik Covid-19. Oleh itu, saya benar-benar ingin menghubungi orang yang memerlukan pertolongan kerana masalah atau penyakit kurang dikenali menyebabkan bantuan diterima mereka terhad.

“Saya dapati juga ada orang di kawasan luar bandar yang mungkin tidak tahu cara untuk mendapatkan bantuan. Jadi saya fikir ini adalah cara supaya menarik perhatian mereka atau dengan harapan, saya dapat menghubungi mereka terus”, katanya.

Sebagai informasi, kempen itu bertujuan mendekati orang ramai dan memberi kesedaran mengenai masalah yang tidak diketahui secara umum. Melalui inisiatif itu, dana akan disumbangkan untuk membantu mereka yang memerlukan.

Menerusi kempen itu, The Giving Bank mengalu-alukan sesiapa saja untuk berkongsi dan mencadangkan semua jenis cadangan. Dua orang akan dipilih untuk menyertai Alvin dalam lawatan membantu mereka yang tidak bernasib baik.

×
×