Transformasi RTM untuk penonton - Utusan Malaysia

Transformasi RTM untuk penonton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Radio Televisyen Malaysia (RTM) kini memulakan satu kaedah transformasi semula setiap saluran dalam membentuk satu saluran yang lebih jelas mengikut cita rasa penonton.

Susulan itu, berkongsi tema ‘Sucinya Ramadan’, RTM mengumumkan program-program terbaharu sepanjang kempen ramadan tahun ini dalam Majlis Apresiasi Bersama Media Sempena Program Khas Ramadan RTM 2021, hari ini.

Pengarah Bahagian Program Televisyen (TV), Saifuzzaman Yusof berkata, ketika pandemik Covid-19, industri seni perlu lebih kreatif dan berinovasi bagi menyuntik program-program yang lebih membawa jiwa kepada penonton.

Sementara itu, Ketua Pengarah Penyiaran Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Ruzain Idris berkata, sempena Ramadan kali ini, inovasi baru RTM dalam mengetengahkan program bual bicara kerohanian secara santai sepanjang Ramadan iaitu Borak Dulu #barubuka pada pukul tujuh malam.

“Selain itu, sama sahaja dengan program-program lain, melalui program Tadabbur Ramadan, Salam Pagi serta Ihya Ramadan juga dapat memberikan ilmu yang bermanfaat dan berinformasi kepada penonton,” katanya.

Sebagai da­ya penarik, RTM menyerikan kaca televisyen penonton melalui program masakan, telefilem eksklusif, drama bersiri dan tayangan filem ter­baik.

Program itu dapat ditonton menerusi saluran TV1, TV2 dan TV Okey.

Demi memenuhi sambutan Ramadan dengan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR), Jelajah Ramadan 2021 dikelola stesen-stesen radio RTM diteruskan untuk kali kesembilan penganjurannya.

Pengarah Bahagian Pro­gram Radio memak­lumkan, penganjuran itu melibatkan enam laluan dan 24 lokasi ber­mula 8 April hingga 9 Mei ini.

“Jelajah Ramadan kali ini sangat berbeza berbanding tahun sebelum. Dahulunya gerakan kita menyantuni masyarakat seperti golongan asnaf, ibu tunggal, serta yatim piatu adalah 30 orang.

“Tetapi pada tahun ini kita perlu mengurangkan dalam kuantiti yang lebih kecil untuk menjaga prosedur operasi standard (SOP).

“Walaupun kuantiti kurang, namun objektif bagi aktiviti tanggungjawab sosial ini sendiri tercapai,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×