RAMADAN tiba, Syawal pasti menjelma. Selain fokus beribadat pada bulan yang mulia, sudah pasti persiapan Ailidilfitri terutama baju kurung raya menjadi perkara utama yang wajib disediakan.
Bagi wanita berbadan besar, selain saiz, jenis fabrik turut diambil kira bagi memberi keselesaan dan gaya sepanjang hari.
Jangan pening dan risau kerana koleksi Sherry Alhadad X Syomirizwa Gupta dicipta khas untuk wanita bersaiz besar dengan ukuran antarabangsa.
Ia diinspirasikan daripada kekuatan dan keyakinan diri.
Koleksi ini hadir dengan fabrik daripada kain kapas, printed rayon sehinggalah mixed crepe. Fabrik ini bukan sahaja berkualiti tinggi, tetapi sejuk dan selesa dipakai.
Dikenali dengan penggunaan warna primer dan corak grafik yang bertenaga di dalam setiap rekaannya, Syomirizwa yang merupakan Pemilik dan Pengarah Kreatif Syomirizwa Gupta berkata, elemen tersebut turut dibawakan bagi koleksi lebaran kali ini.
Kata Syomirizwa, koleksi berkenaan memberikan mesej positif terutamanya wanita tidak kira apa jua bentuk badan dan rupa paras, bahawa mereka seharusnya berbangga dengan diri sendiri dan menggunakan segala peluang yang ada.
“Kecantikan adalah amat subjektif dan Sherry membuktikan yang dia telah menjadi inspirasi dan idola kepada ramai wanita yang kurang berkeyakinan tentang bentuk badan mereka.
“Saya begitu kagum dengan keyakinan Sherry terutama sekali hubungannya dengan fesyen. Berkat kerja keras, personaliti yang mesra dan mudah didekati, nama Sherry Alhadad semakin harum di dalam industri seni.
“Penglibatannya di dalam industri fesyen bukanlah suatu yang mengejutkan. Saya berbesar hati dapat berkolaborasi dengannya dan melancarkan koleksi ini untuk semua wanita-wanita bersaiz besar dengan ukuran antarabangsa,” katanya.
INFO:
» Koleksi Sherry Alhadad X Syomirizwa Gupta dicipta khas untuk wanita bersaiz besar.
» Ia mengambil inspirasi kekuatan dan keyakinan wanita.
» Diperbuat daripada fabrik kapas, printed rayon sehinggalah mixed crepe.
» Harga ditawarkan bermula RM349.
» Menawarkan saiz bermula 16 hingga 22.
» Boleh didapati secara PRE-ORDER eksklusif di www.syomirizwagupta.com










