Kebaya peplum untuk Aidilfitri - Utusan Malaysia

Kebaya peplum untuk Aidilfitri

Kree menampilkan rona kegemaran wanita iaitu merah jambu, biru dan hijau.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Perumpamaan ini tepat bagi menggambarkan koleksi Kree Klasik Raya 21.

Biarpun datang gaya moden mahupun rekaan-rekaan terkini, namun siluet klasik Melayu tetap terpahat di hati pereka jenama, Ridzuan Alis.

Katanya, koleksi berkenaan adalah luahan kecintaannya terhadap busana klasik Melayu.

“Himpunan ini hasil gabungan idea klasik moden. Idea itu saya dapati dari ilham sewaktu percutian di Eropah sebelum pandemik Covid-19 bermula.

“Ada sedikit sentuhan bunga tulip dari Amsterdam dan perincian dari Kota Britain,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Elemen klasik Melayu, baju kurung ringkas, polos dan sulaman moden menjadi pilihan Kree pada musim perayaan ini.

Katanya, baju kurung sentiasa menang di hati wanita waima datanglah rekaan seperti gaun mahupun jubah.

“Lebih-lebih lagi rekaan ini ringkas dan polos, menjaidkan ia sangat mudah digayakan ke pelbagai acara. Tidak terhad untuk digayakan pada Aidilfitri sahaja,” katanya. Tambah Ridzuan, bagi menyesuaikan cuaca tempatan, beliau menggunakan material kapas dan rayyon selari dengan keselesaan pakaian.

Bagi menambahkan lagi nostalgia klasik Raya, Ridzuan lebih menumpukan kepada potongan klasik baju kurung.

“Apabila seseorang wanita memakai baju kurung seperti kurung Kedah, kebaya Pahang, kurung labuh, ia terlihat sangat cantik. Menambah kecantikan itu, saya selitkan kebaya peplum yang mendapat sambutan baik pelanggan,” katanya. Koleksi ini dijual pada harga bermula RM349.90. Manakala aksesori selendang RM74.90.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN