Hatta di iktiraf Malaysia Book of Record sebagai pereka pertama hasil koleksi kelestarian alam - Utusan Malaysia

Hatta di iktiraf Malaysia Book of Record sebagai pereka pertama hasil koleksi kelestarian alam

Hatta Dolmat
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Hatta Dolmat memperoleh pengiktirafan Malaysia Book of Record sebagai pereka fesyen pertama menghasilkan koleksi kelestarian alam.

Pereka tempatan ini berjaya merevolusikan penghasilan pakaian lengkap secara lestari dengan mengambil kira aspek kelestarian alam sekitar menerusi visi mengurangkan lambakan sisa pepejal plastik dan tekstil di tapak pelupusan sampah.

Berita gembira itu diterima malam tadi dan majlis penyampaian sijil dijangka berlangsung tidak lama lagi.

Hatta dalam reaksinya menyifatkan ia sebagai pencapaian tertinggi pernah beliau perolehi sehingga kini.

Malah dalam pesanan Whatapps kepada Utusan Malaysia, turut melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada Malaysia Book of Record di atas penganugerahan yang diberikan.

Baru-baru ini Hatta tampil dengan HD Manogram yang terhasil daripada beribu-ribu bekas plastik terbuang.

Konsep rekaan terbaharu bertemakan kelestarian alam sekitar itu sebagai dedikasi terhadap isu lambakan sisa pepejal plastik dan tekstil di tapak pelupusan sampah.

Terpanggil untuk terbabit sama dalam program kelestarian alam, katanya industri itu merupakan antara penyumbang terbesar kepada sisa tekstil di pusat pelupusan sampah dengan 195,300 tan sisa terkumpul dalam tempoh setahun.

Pereka itu sebelum ini pernah dinobatkan sebagai salah seorang penerima Successful People in Malaysia oleh British Publishing House LTD.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×