Pillow Tabby, gebu, suntik kehangatan - Utusan Malaysia

Pillow Tabby, gebu, suntik kehangatan

Gaya Jennifer Lopez dalam kempen iklan tas tangan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Mewah menghiasi penampilan, lembut meliputi pemakai. Menjadikan warisan Amerika sebagai ilham bagi koleksi kali ini, Coach menampilkan Pillow Tabby, beg tangan menggunakan material kulit Napa dan siluet seperti bantal.

Lebih menarik, kempen Pillow Tabby ini juga menampilkan penyanyi antarabangsa, Jennifer Lopez, Camila Morrone, Binx Walton, Paloma Elsesser dan Quincy.Mereka dipotretkan dengan sempurna oleh jurugambar Juergen Teller.

Pengarah Kreatif Coach, Stuart Vevers berkata, keistimewaan koleksi Pillow Tabby adalah ia direka menggunakan material kulit Napa yang lembut dalam pelbagai warna bold seperti merah jambu sehinggalah kepada putih.

“Pillow Tabby ialah gambaran rekaan semula ikon Coach sebelum ini iaitu Tabby, yang popular pada tahun 1970an,” katanya.

Penggunaan material kulit Napa dan siluet seperti bantal.

Pemilihan Juergen sebagai jurugambar adalah tepat kerana dia dapat menggambarkan kehangatan dan sisi kegembiraan beg Pillow Tabby dengan sempurna.

Kempen iklan selebriti ternama memeluk, mengenggam dan mengangkat tas tangan besar pula, dengan pantas menarik perhatian ramai terhadap buah tangan terbaharu jenama ini.

Jenama dengan ikon C ini diasaskan pada 1941.

Ia membina reputasi sebagai jenama rumah fesyen terkenal merangkumi pelbagai rekaan termasuklah pakaian, kasut, minyak wangi, cermin mata dan pelbagai aksesori untuk lelaki serta wanita.

Menampilkan stail New York dan hasil kerja tangan berkualiti, jenama yang diasaskan pasangan suami isteri, Milles Cahn dan Lilian Cahn ini terus berkembang sehingga berjaya membuka 55 cawangan di seluruh dunia.

JENIS BEG

Beg Tote:
Kebiasaannya berbentuk segi empat dan bersaiz lebar.

Terdapat pelbagai pilihan fabrik seperti kulit, kanvas dan nilon. Mempunyai pelbagai saiz namun jenis sederhana adalah paling sesuai untuk stail kasual ataupun formal.

Beg Crossbody/Sling:
Dipanggil beg silang atau crossbody kerana kebiasaannya tali lebih panjang dan dipakai secara bersilang.

Mempunyai saiz kecil dan juga besar. Dipadankan dengan pakaian kasual, menampakkan si pemakai lebih ranggi dan muda.

Beg Hobo:
Bertali pendek dan hanya mempunyai satu zip. Saiznya pula agak sama seperti beg tote namun talinya lebih pendek.

Clutch:
Menggunakan butang katup, saiz clutch lebih kecil dan berbentuk memanjang.

Sering menjadi pilihan untuk dibawa ke majlis formal seperti makan malam. Perincian clutch lebih bergaya, di mana selalunya dihias dengan tatahan batu permata ataupun sulaman.

Beg Bucket:
Diilhamkan daripada bentuk uncang.

Beg ini mempunyai satu tali panjang dan tidak mempunyai sebarang zip kerana ia digantikan dengan tali pengikat yang boleh diselaraskan ikut keselesaan individu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN