penyampai tak senonoh berpakaian, panas sangat ke konti? -

penyampai tak senonoh berpakaian, panas sangat ke konti?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTIGHFAR panjang Poklip bila dengar cerita panas ini. Mana tidaknya, ada kawan Poklip meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap seorang penyampai radio yang dikatakan sungguh tidak senonoh dalam berpakaian.

Ha, biar betul. Setahu Poklip penyampai radio kebanyakan stesen jarang menayang aset yang ada. Macam mana boleh timbul isu pakaian tidak senonoh ini? Bila kawan Poklip sebut namanya, beku kejap otak.

Rasanya kan, kalau Poklip sebut namanya pun tidak ramai yang kenal. Tak tahu dia mengendali segmen apa dan bila, cuma kalau dilihat gambar yang dimuat naik dalam Instagram. Ya ampun! Pitam pak cik.

Poklip pun tidak pasti betul ke dia menjadi penyampai radio bagi satu stesen ini cuma kalau dilihat di bio Instagramnya, memang dia letak nama stesen radio itu. Hmm, Poklip pun kurang pasti kesahihannya.

Malah, dia juga ada memuat naik gambar ketika bertugas di konti radio itu. Maka, Poklip bersangka baik sahajalah. Mungkin konti itu panas sangat sampai dia memilih untuk berpakaian sedemikian.

Mungkin sahaja dia memang jenis seorang yang alah dengan peluh? Kita tak tahu kan. Yalah, kalau dia selesa begitu, kenapa orang lain pula yang panas hati? Ada sebab kot dia berpakaian begitu.

Cuma kata kawan Poklip, tidak manis untuk anak-anak muda melihat gambar-gambar yang dimuat naik dalam Instagramnya itu. Tidak selari dengan nama stesen radio itu. Entahlah, Poklip geleng kepala sahaja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya