Peluang derma peranti terpakai - Utusan Malaysia

Peluang derma peranti terpakai

Kempen bertujuan menyediakan akses lebih baik bagi pembelajaran digital dan peluang sama rata kepada pelajar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Digi Telecom­munications Sdn. Bhd. (Digi) melancarkan kempen #MYBaikHati bagi mengumpulkan peranti terpakai daripada orang ramai.

Tujuan utamanya untuk menyediakan akses lebih baik bagi pembelajaran digital dan peluang sama rata kepada pelajar daripada komuniti berpendapatan rendah (B40) supaya terus maju di zaman digital ini.

Melalui kempen berkenaan, Digi akan mengumpul peranti terpakai seperti telefon pintar, tablet dan komputer riba daripada orang ramai termasuk pelanggan serta kakitangannya.

Peranti terpakai itu seterusnya akan diperbaharui sebelum diedarkan kepada pelajar kurang berkemampuan.

Ketua Bahagian Kelestarian Digi, Philip Ling berkata, kempen berkenaan selaras dengan komitmen Yellow Heart syarikat berkenaan yang ingin mengukuhkan usaha inklusiviti digital selain memberikan peluang kepada pelajar memerlukan, menikmati pembelajaran dalam talian.

“Pandemik Covid-19 telah menekankan kepentingan akses internet mampu milik dan peranti digital bersesuaian bagi pelajar melaksanakan pembelajaran dalam talian.

“Kami akan terus berusaha keras menambah baik jaringan internet di seluruh negara kerana kami percaya matlamat merapatkan jurang digital boleh dicapai menerusi kerjasama orang ramai,” katanya.

Kempen berkenaan yang dilancarkan baru-baru ini akan dijalankan selama setahun bermula di Lembah Klang.

Ia seterusnya akan dikembangkan ke seluruh negara kelak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN