Universiti Multimedia Malaysia (MMU), menawarkan yuran istimewa serendah RM6,000 bagi program Asasi dan yuran kemasukan khas untuk pelajar baharu pada sesi pengambilan April ini. Ia ditawarkan kepada semua pelajar Asasi yang layak namun terkecuali bagi program undang-undang. Lebih menarik, pengecualian yuran kemasukan juga disediakan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma. Presidennya, Prof. Datuk Dr. Mazliham Mohd. Su’ud berkata, inisiatif itu diambil berdasarkan keadaan semasa yang berdepan dengan pandemik…