Mewarisi busur panah tradisional - Utusan Malaysia

Mewarisi busur panah tradisional

Sufyan (kanan) dan Fadhil menunjukkan antara jenis-jenis busur tradisional yang dihasilkan mereka berdua untuk Panah Taming Sari.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MENGHASILKAN busur tradisional adalah salah satu usaha untuk mempromosikan sukan tersebut selain mengikut sunnah Rasulullah SAW.

Cara membuat busur panah tidaklah serumit disangka, namun teknik betul pembuatan adalah suatu kemestian bagi menghasilkan busur berkualiti tinggi.

Pengusaha Busur Panah Tradisional iaitu Panah Taming Sari, Sufyan Muhd. Salleh, 61, berkata kerana minat, keistimewaan serta anugerah diberikan Allah SWT kepadanya, dia menjadikan busur tradisional sebagai sumber rezeki buat dirinya dan keluarga.

Tanpa mempelajari atau berguru dengan sesiapa, bekas jurutera perkapalan kini mampu menunjukkan kehebatannya menghasilkan busur tradisional.

Indah busurnya, setanding pasaran luar.

Kini, bapa tiga anak itu berjaya menghasilkan busur tradisional secara serius dan dibantu oleh anak bongsunya, Muhammad Fadhil Sufyan, 27. Permata hatinya itulah kelak disandarkan harapan untuk mewarisi seni pembuatan busur tradisional kelak.

BERTUKAR SERIUS
Sufyan ditemui di kediamannya di Taman Cempaka 2, Durian Tunggal, Melaka baru-baru ini, pada Aktiviti Junket Journalism Industri Kraf di Negeri Melaka anjuran Kraftangan Malaysia (Kraftangan).

Sufyan Muhd. Salleh.

Ia sebagai usaha membantu usahawan kraf dan mempromosikan produk keluaran kraf tempatan.

Bercerita mengenai detik permulaan melibatkan diri dalam pembuatan busur tradisional, Sufyan berkata, dia membuat satu set lengkap busur dan diletakkan di restoran bapanya pada 2016 untuk memberi pelanggan mencubanya.

“Sekadar suka-suka dan memberi pelanggan mencuba memanah. Namun tak sangka ia mendapat permintaan daripada seorang pelanggan yang menempahnya untuk kegunaan anak-anak.

“Bermula daripada situlah saya tekad untuk serius dalam pembuatan busur secara tradisonal,” katanya.

Sufyan menjelaskan minatnya terhadap seni tradisional berputik sejak dirinya berusia 10 tahun lagi.

Malah pada usia semuda itu beliau pernah menghasilkan tongkat waran yang kemudian dibeli oleh seorang anggota polis.

Ujarnya, dia melihat pembuatan busur tradisional itu akan mendapat permintaan tinggi dari semasa ke semasa kerana ramai yang telah menceburi sukan memanah.

“Saya bukan sahaja meminati kraf. Pada masa sama saya ingin membantu ramai orang untuk mencuba dan membeli busur dihasilkan secara tradisional ini pada harga paling minimum namun memiliki kualiti terbaik,” katanya.

PANAH TAMING SARI
Berbeza dengan panah busur tradisional yang lain, Sufyan berkata, kelainan ditampilkan ialah dia menerapkan kemelayuan asli dengan ukiran klasik pada syiah, yang tidak terdapat di tempat lain.

Sufyan mencuba memanah selepas siap menghasilkan busur tradisional yang ditempah pelanggan. – UTUSAN/ Rasul Azli Samad

“Ukiran pada siyah yang dihasilkan menentukan pembuatan daripada mana. Jika orang melihat ukiran siyah yang dihasilkan, mereka tahu ia adalah Panah Taming Sari dihasilkan oleh saya” katanya.

Sufyan berkata, kebanyakannya motif dihasilkannya adalah ukiran klasik atau versi 12.

“Bentuknya seakan siyah yang terdapat pada kapal manakala Baby Bow atau Busur Baby pula lebih kepada bentuk ikan jerung,” katanya.

Setiap jenis busur panah katanya, mempunyai kelebihan tersendiri dan panah juga mempunyai bentuk dan saiz berbeza bergantung kepada penggunaannya.

Sebagai contoh, busur kuda bersaiz kecil bagi memudahkan penunggang kuda mengendalikan busur manakala busur tradisional berbentuk unik dan mampu menempak sasaran yang lebih jauh.

Panah Taming Sari istimewa. Ia mendapat permintaan tinggi di seluruh Malaysia malah pelancong asing turut gemar menjadikan ia sebagai buah tangan.

Antara produk dihasilkan Panah Taming Sari ialah busur panah, sarung panah kulit, hiasan kayu tanduk rusa dan pelbagai alat berkaitan memanah.

KELEBIHAN
Penggunaan kayu daripada pokok ciku yang berusia ratusan tahun untuk dijadikan siyah iaitu satu bahagian di hujung busur, lantaran sifat pokok ciku atau urat kayunya halus tetapi tidak mudah patah.

Seperti di Amerika Latin, pokok ciku digunakan untuk mengekstrak chicle gum yang mana getah pada batang pokok ciku digunakan sebagai bahan natural di dalam chewing gums atau gula-gula getah.

Pokok ciku mempunyai banyak dahan dan tumbuh rimbun dan rendang apabila matang.

“Di bahagian batang pokok berwarna perang tua dengan kayu yang keras dan liat. Itulah antara kualiti yang ada pada busur atau panah Taming Sari,” katanya.

LATIHAN PERCUMA
Ujar Sufyan, dia mengalukan-alukan sesiapa sahaja yang berminat mengetahui jenis busur dan kesesuaian secara percuma.

“Di Panah Taming Sari atau Taming Sari Archery, kami menyediakan tempat dan ruang untuk anda berlatih memanah tanpa mengenakan sebarang bayaran.

“Tempat latihan memanah lebih kepada tempat untuk para pembeli busur Panah Taming Sari mencuba panah sebelum menempah atau membeli kerana selain untuk berlatih, mereka juga boleh juga datang untuk memperbaiki panah yang rosak.

“Ia sebagai jaminan pembelian panah,” katanya.

Sufyan menjelaskan, busur tradisional atau satu set busur yang lengkap, mampu dihasilkan dalam tempoh sehari atau ke sehari setengah.

Sufyan turut menawarkan perkhidmatan yang boleh dinaiktaraf secara percuma, malah setiap busur dihasilkan, memiliki lebih daripada 30

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×