Sifat kelembutan yang ada pada wanita bukanlah satu halangan untuk mara ke hadapan. Di sebalik kelembutan itu, tersimpan kekuatan utuh dan semangat waja. Meski dunia dilanda pandemik Covid-19, kepayahan demi kepayahan mengajar wanita untuk tetap bangkit mendepani cabaran. MADELINE BERMA. Felo Akademi Sains Malaysia, Datuk Dr. Madeline Berma berkata, wanita antara kelompok paling terkesan dengan pandemik. Katanya semasa penularan Covid-19 dan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia (PKP) wanita berdepan pelbagai kesukaran,…
 
								
 
								 
								 
											









