Inspirasi mewah Mars Secret Parfum - Utusan Malaysia

Inspirasi mewah Mars Secret Parfum

NUR MARSUANI Mohamed Yusof bersama minyak wangi dihasilkannya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MENYENTUH tentang produk wangian tempatan, tidak banyak yang mampu memberikan personaliti tersendiri dan kepuasan kepada si pemakai. Namun berbeza dengan wangian Mars Secret Parfum yang didatangkan dalam botol eksklusif dan unik.

Mula berada di pasaran pada tahun 2019, Mars Secret Parfum diasaskan Nur Marsuani Mohamed Yusof.

Seorang wanita yang sangat cintakan wangian berbanding barangan kosmetik.

Bermula dengan niatnya yang mencari wangian yang mampu tahan lama dan sesuai dengan kerjaya yang sering berada di lapangan, Nur Marsuani sebaliknya berjaya mengeluarkan wangian sendiri yang lebih memuaskan hatinya.

“Saya mula meminati wangian berbanding kosmetik sejak dulu lagi, terutamanya ketika berkunjung ke pusat beli-belah.

“Deretan pelbagai wangian menarik minat saya ketika itu kerana pada saya lain wangian, lain mood dan pembawaan. Ketika itu juga, saya tercari-cari wangian yang sesuai kerana pada ketika itu kerja sebagai penyelaras projek memerlukan saya lebih di lapangan berbanding pejabat dan wangian yang segar membuatkan saya lebih fokus dan selesa bekerja.

MODAL SENDIRI

“Walaupun saya membeli dan mengumpul wangian jenama luar negara, namun hati ini seolah-olah tetap tak berpuas hari. Ada sesuatu yang kurang kerana wangian yang ada tidak kekal lama dan sesuai dengan personaliti saya. Sehinggalah saya nekad untuk berhenti kerja dan mengeluarkan wangian sendiri, Mars Secret Parfum,” katanya yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Hasil penelitian dan pengalamannya mengenali pelbagai jenis wangian sejak 2017, menjadikan Nur Marsuani lebih arif memberi nasihat dan bimbingan untuk orang ramai dalam memilih wangian yang sesuai.

“Akhirnya pada awal tahun 2019, saya yakin untuk mengeluarkan koleksi perfume sendiri hasil daripada saya approach beberapa pihak pengeluar inspired perfume. Saya menggunakan pengkalan data pelanggan untuk lebih memahami apa yang mereka mahukan dan trend dalam pasaran.

WANGIAN & MOOD

“Wangian membantu mengawal mood dan emosi individu,” kata Nur Marsuani.

Contohnya, apabila berbau wangi, pasti rasa bersemangat untuk bekerja atau buat aktiviti.

Mars Secret Parfum kini mempunyai 10 jenis wangian yang sentiasa mendapat permintaan pelanggan dan kebanyakannya mempunyai cerita tersendiri.

Didatangkan dalam rekaan botol yang tampak mewah dan eksklusif, Mars Secret Parfum dijual pada harga RM60 untuk 35ml.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×