Zendaya wajah baharu Valentino - Utusan Malaysia

Zendaya wajah baharu Valentino

ZENDAYA MEERE STOERMER COLEMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bintang Hollywood, Zendaya Meere Stoermer Coleman, dipilih sebagai wajah baharu jenama fesyen terkemuka, Valentino baru-baru ini.

Perkara itu diumumkan oleh Pengarah Kreatif jenama berkenaan, Pierpaolo Piccioli. Beliau menyifatkan pemilihan itu sangat bertepatan dengan misi jenama untuk kekal relevan dan inklusif disamping mengekalkan ciri eksklusifnya.

Katanya pemilihan Zendaya sebagai wajah baharu kerana beliau memiliki peribadi sempurna, sesuai mewakili konsep jenama kami bawakan.

“Dia seorang wanita hebat, tegas dan menggunakan bakat serta kerjayanya untuk mengekspresi diri, nilai dan generasi seangkatan usianya,” kata Piccioli.

Aktres berusia 24 tahun itu juga dikatakan memiliki aura semulajadi berupaya membawakan konsep romantis kontemporari yang menjadi elemen dalam setiap rekaan Valentino.

Zendaya dalam reaksinya memberitahu cukup berbesar hati dengan pemilihan itu.

“Tidak sabar untuk bersama-sama berkolaborasi dengan Pierpaolo dan keluarga besar Valentino,” katanya.

Dalam pengumuman ini, Zendaya tampil klasik dalam balutan gaun putih dengan pussy-bow neckline sambil memeluk salah satu koleksi tas paling ikonik milik Valentino.

Sementara dalam gambar yang lain, beliau mengenakan gaun hitam berenda dengan mendakap shoulder bag berwarna senada.

MUDA BERPENGARUH
Walaupun masih muda tetapi beliau kini antara individu berpengaruh di Hollywood.

Seorang aktivis lantang menyokong gerakan Black Lives Matter. Zendaya juga tidak asing dalam industri fesyen dan kecantikan malah turut menjadi duta wangian wanita Idole dari Lancome.

Bakal muncul dengan koleksi untuk Tommy Hilfiger dan akan mengeluarkan rekaannya tidak lama lagi iaitu Daya by Zendaya.

Namanya cukup gah dalam dunia perfileman. Beliau terkenal dengan peranan sebagai Michelle dalam filem Spider-Man: Homecoming pada 2017.

Dia turut muncul dalam film The Greatest Snowman (2017) sebagai Anne Wheeler, bersama Hugh Jackman, Zas Efron, Michelle Williams.

Terbaharu, Zendaya melakar sejarah menjadi pemenang termuda trofi Pelakon Utama Wanita Terbaik di Anugerah Emmy, berlangsung secara virtual.

Beliau memenangi kategori itu menerusi drama lakonannya Euphoria sekali gus mengenepikan nama besar lain termasuk Jennifer Aniston dan Laura Linney.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN