Pilihan raya UUM guna digital - Utusan Malaysia

Pilihan raya UUM guna digital

DR. HENDRIK Lamsali berucap dalam sesi pengumuman keputusan Pilihan Raya Kampus UUM di Dewan Serbaguna, Pusat Penginapan Pelajar (SAC) di Sintok, Kedah. – UTUSAN/Abdul Halim Husain
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PILIHAN Raya Kampus (PRK) Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UUM sesi 2020/2021, berlangsung secara digital menepati norma baharu.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali berkata, PRK itu menggunakan sistem E-Vote yang boleh diakses melalui telefon bimbit bagi membolehkan pelajar mengundi dari rumah atau di mana sahaja berada.

Katanya, PRK seumpama itu diadakan memandangkan majoriti pelajar tidak berada di dalam kampus, selain suatu usaha menghentikan rantaian Covid-19.

“Universiti membuka peluang kepada pelajar menggalas tugas sebagai sekretariat dalam mengendalikan sepenuhnya PRK bermula dari proses penamaan calon, kempen, undian hinggalah ke pengumuman.
“Menang kalah soal kedua tetapi keberanian mereka mengambil tanggungjawab untuk bertanding itulah yang penting,” katanya.

Seramai 20,402 pelajar layak mengundi dengan 13,754 atau 67.41 keluar mengundi.

“Selamat maju jaya kepada ahli MPP baharu seterusnya diharapkan membawa suara mahasiswa dan boleh menjadi penghubung antara mahasiswa serta pihak pengurusan,” katanya dalam sesi pengumuman keputusan Pilihan raya Kampus di Dewan Serbaguna, Pusat Penginapan Pelajar (SAC).

Seorang pelajar Sarjana Muda Sains (Teknologi Maklumat), Farah Nabilah Abd Aziz menyatakan rasa syukur kerana pertama kali berpeluang mengundi dalam PRK.

“Saya gembira dapat menjalankan tanggungjawab sebagai mahasiswa UUM mengundi dalam PRK walaupun berada di rumah dengan hanya klik di hujung jari malah proses pemilihan ini sungguh mudah dan menjimatkan masa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN