FIZIK ialah satu bidang sains yang berkaitan dengan dunia fizikal seperti jirim dan pergerakan serta konsep-konsep abstrak seperti tenaga, masa dan fizik kuantum. Berbanding dengan tenaga dan masa, fizik kuantum mungkin agak asing bagi kebanyakan orang. Namun, tanpa disedari, alat-alat yang berlandaskan fizik kuantum kerap digunakan dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, sistem kedudukan sejagat (GPS) yang kini merupakan salah satu kegunaan harian sebenarnya menggunakan konsep fizik kuantum. Perubahan tenaga elektron…