Kempen Wait! Pause fokus mental, fizikal - Utusan Malaysia

Kempen Wait! Pause fokus mental, fizikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MENGAMBIL kira keadaan pandemik Covid-19 yang memberi kesan hebat terhadap orang ramai terutamanya dalam kalangan belia, Universiti Sains Malaysia tampil dengan inisiatif kempen Wait! Pause untuk menyuntik semula semangat buat mereka.

Kempen yang dijalankan di bawah Pusat Pengajian Komunikasi itu dijalankan sepenuhnya secara atas talian memfokuskan pada kesejahteraan mental dan fizikal bagi golongan belia dalam menghadapi wabak ini.

Oleh itu, ia tampil dengan konsep gaya hidup seimbang berteraskan tiga aspek kesihatan iaitu mental, fizikal dan sosial. Antara usaha bagi mencapai tujuan itu adalah dengan menjalankan pelbagai aktiviti menarik agar dapat berhubung dengan belia secara atas talian dan menjadikannya komuniti yang saling menyokong antara satu sama lain.

SESI pemberian saguhati oleh (dari kiri) Dr. Nur Atikah A. Rahman dan Dr. Suriati Saad kepada Andy Siti Nurhidayah Rahim dan Norazizah Rusli dari Dewan Budaya USM.

Penasihat kempen, Dr. Nur Atikah A. Rahman berkata, inisiatif ini merupakan platform yang penting untuk belia memahami keadaan dan kesejahteraan mereka melalui bantuan dan ruang untuk belia mengharungi kehidupan sama ada secara mental atau fizikal semasa pandemik ini.

“Norma baharu telah menyedarkan kita terhadap isu yang bangkit disebabkan wabak ini dalam membantu golongan belia, terutamanya para pelajar yang masih cuba untuk menyesuaikan diri dengannya.
“Sokongan kepada mereka diberi dengan menawarkan gaya hidup seimbang dan aktif, supaya ia dapat menjadi kunci untuk mengurangkan bebanan mereka,” jelasnya.

Selain itu, slogan Together, We Strive telah dipilih yang bermaksud masalah dan kerumitan yang dialami boleh diatasi bersama selaras dengan siri aktiviti dijalankan iaitu siri Together, We.. yang membawa konsep berlainan untuk menarik golongan belia.

Selaras dengan itu, kempen berkenaan bakal menjalankan lima tema aktiviti iaitu Together, We Exercise, Together, We Relax, Together, We Talk, Together, We Learn dan Together, We Celebrate.

Aktiviti pertamanya pada 11 November lalu berlangsung dengan tema Together, We Exercise memerlukan audiens memuat naik video pendek mereka beriadah di media sosial dan tag @waitpause2020 dan menggunakan tanda pagar seperti #TogetherWeExercise, #WaitPAUSE2020 dan #TogetherWeStrive di pelbagai platform sosial media sehingga 12 Disember 2020.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya