Karbohidrat ringkas tingkat kadar gula dalam darah - Utusan Malaysia

Karbohidrat ringkas tingkat kadar gula dalam darah

Kenaikan harga makanan sihat menyebabkan pengguna beralih kepada makanan segera dan kurang berkhasihat yang harganya lebih murah.. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UMUMNYA ramai tahu gula berlebihan dalam badan pencetus diabetes.

Namun, ramai mengambil mudah hal berkenaan sehinggakan diabetes menjadi penyakit popular dalam kalangan masyarakat.

Diabetes berlaku apabila kandungan gula berlebihan dalam darah sehingga boleh menyebabkan salur darah mengalami radang dan inflamasi, lantas menjejaskan fungsi hilang upaya pada organ tubuh.

DR NORLAILA MUSTAFA

Pakar Perunding Endokrinologi dan Perubatan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof.
Madya Dr. Norlaila Mustafa berkata, pengambilan makanan tinggi karbohidrat ringkas yang banyak boleh mengakibatkan kadar gula dalam darah naik mendadak.

“Dalam erti kata mudah, karbohidrat ringkas mempunyai rasa manis dan digunakan oleh badan sebagai tenaga.

Contohnya, pemanis dan minuman kordial, gula-gula, bijirin sarapan, air berkarbonat, jus kotak, teh dalam tin dan sebagainya. Gula bukanlah tidak diperlukan langsung oleh tubuh badan tetapi kalau keterlaluan boleh menjejaskan kesihatan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menyifatkan gula seperti minyak petrol untuk kereta, Dr Norlaila berkata, ia penting sebagai pemberi tenaga apabila kita mahu lakukan sesuatu aktiviti atau menjalankan kehidupan seharian.

“Namun sekiranya diambil secara berlebihan, ia akan memudaratkan. Gula berlebihan itu akan bertukar menjadi lemak jika tidak di bakar,” kata beliau.

SEIMBANG
Tentang pengawalan gula dalam pemakanan harian, ia boleh dilakukan menerusi senaman dan amalan diet seimbang secara konsisten. Di mana aktiviti fizikal bertujuan membakar lemak atau gula berlebihan dalam badan.

Beliau turut menyarankan pengambilan susu Glucerna yang menawarkan sistem karbohidrat glisemik rendah terbaharu dan diperbaiki bagi membantu menguruskan kandungan gula dalam darah.

“Bila digunakan sebagai pengganti makanan, ia boleh membantu mengurangkan pengambilan kalori secara keseluruhan sekaligus menyokong pengurusan berat badan,” katanya.

Bagaimanapun, jelas Dr. Norlaila, sebelum minum apa apa jenis susu diabetes, harus berjumpa dan berbincang dengan pakar pemakanan untuk dapatkan susu bersesuaian.

GAYA HIDUP
Menyentuh mengenai gaya hidup hari ini turut mendorong individu menghidap diabetes pada usia muda, katanya, penghidap diabetes terutama orang muda, jangan rasa dunia sudah berakhir sebaliknya kuncinya ialah dengan terus menjaga pemakanan dengan baik dan sihat.

“Kalau mempunyai ubat yang berteknologi tinggi sekalipun tapi pemakanan tidak dijaga ia tidak akan membantu,” katanya.

Mengenai sejarah diabetes keluarga, Dr. Norlaila berkata, disebabkan ia boleh diwarisi melalui genetik dan sejarah keluarga, individu memiliki terlibat harus lebih berwaspada dengan melakukan saringan sebagai langkah pencegahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN