MELIHAT kepada kejadian jenayah melibatkan kanak-kanak, baik kes kehilangan, penculikan malah tragedi pembunuhan sejak akhir-akhir ini, semua itu tentunya mencetuskan kebimbangan buat golongan ibu bapa.
Kini kerisauan itu barangkali bukan lagi menjadi masalah apabila syarikat Adacode Systems Sdn. Bhd mengeluarkan jam tangan peranti pintar berupaya mengesan kedudukan anak-anak anda.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sheikh Raffie Abd Rahman, berkat jam tangan dengan jenama Kizumana itu dibina menggabungkan peranti pintar.
Katanya, peranti itu boleh dipantau dari mana kedudukan sekalipun.
“Lokasi peranti diselaraskan melalui GPS / A-GPS, WPS (Sistem Penentududukan Wi-Fi) dan LBS (perkhidmatan berdasarkan lokasi menara sel), sehingga memberikan ketepatan hanya beberapa meter untuk setiap kemaskini lokasi.
“Peranti ini turut mampu dilaraskan dengan lima nombor telefon bagi panggilan selular. Ini bagi memastikan hanya nombor pra tetap dapat memantau peranti serta berkomunikasi dengannya,” katanya.
Jam tangan ini dijual pada harga RM499.










