Perspektif dalam fotografi boleh didefinisi sebagai imej tiga dimensi yang terhasil daripada permukaan dua dimensi. Ini terjadi dengan pertindihan pelbagai lapisan perspektif yang seterusnya membuatkan kita merasai realiti ruang tiga dimensi pada imej yang dihasilkan.
Ia terhasil melalui kaedah dimensi ruang yang menjadi perubahan bentuk, ukuran, saiz dan kedalaman ruang yang relatif akibat perbezaan cara pandang objek melalui lensa kamera.
Teknik ini seterusnya mampu membentuk jalinan dimensi yang berhubung dengan menjadikan subjek untuk kelihatan sama ada jauh lebih kecil atau lebih besar daripada biasa selain mengumpul garis secara berbeza bergantung kepada jenis lensa yang digunakan.
Antara kelebihan teknik perspektif dalam fotografi, imej dapat memanipulasikan fikiran pada sudut pemandangan yang berbeza dari pandangan mata.
Teknik ini juga mampu menghasilkan ilusi terhadap objek dan seterusnya membantu menghasilkan imej yang lebih kreatif.













