SESUATU yang biasa untuk mendengar seorang pelakon beralih bidang ke bidang nyanyian dan begitu juga sebaliknya. Berada dalam bidang yang sama, peralihan antara dua kerjaya ini sering berlaku dalam kalangan anak seni. Namun bercakap mengenai seorang pendatang baharu ini, ada yang berbeza. Merupakan seorang atlet badminton negara, siapa sangka dia kini selesa bergelar seorang penyanyi. Berkongsi serba sedikit perjalanan kariernya kini, kongsi Syahmi Irfan dia sentiasa menghargai bakat nyanyian dimiliki.…