Wanita perlu manfaatkan belanjawan 2021 - Utusan Malaysia

Wanita perlu manfaatkan belanjawan 2021

GOLONGAN wanita boleh mengambil manfaat daripada pelbagai peruntukan yang disediakan menerusi belanjawan 2021.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Usahawan perlu proaktif memanfaatkan peruntukan dalam Belanjawan 2021 dengan memperbaiki aspek pemasaran dan pembungkusan untuk mampu berdaya saing pada peringkat lebih tinggi.

Naib Presiden Majlis Perancangan Kewangan Malaysia, Prof. Dr. Mohamad Fazli Sabri berkata, antara cabaran dihadapi usahawan kecil dan sederhana (PKS) adalah tidak memiliki pembungkusan baik, seterusnya gagal menawan hati pembeli.

Katanya, pembungkusan terbaik dilihat sebagai berupaya ‘membuka mata’ pembeli untuk memiliki sesuatu barangan atau membawa produk ke peringkat lebih tinggi. Barangan yang tidak memiliki pembungkusan sempurna seperti tidak memiliki label dan kandungan produk tidak boleh ‘pergi jauh’.

Jabatan Perangkaan Malaysia mendedahkan, 907,065 PKS beroperasi di Malaysia, merangkumi 98.5 peratus daripada jumlah perniagaan.  Kebanyakan PKS adalah perusahaan mikro, terdiri daripada 76.5 peratus daripada jumlah PKS di Malaysia dengan PKS kecil (21.2 peratus), manakala PKS sederhana (2.3 peratus).

“PKS sendiri menyumbang sebanyak 37 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Bancian dibuat pada 2017 mendapati bilangan ahli perniagaan wanita masih kecil iaitu sekitar 29.6 peratus daripada 907,065 PKS di Malaysia,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mohamad Fazli berkata, dalam mendapat manfaat belanjawan, usahawan tidak lagi boleh bergerak sendiri, sebaliknya menyertai komuniti atau persatuan bagi mengelakkan tertinggal daripada sebarang manfaat ditawarkan kerajaan.

“Usahawan perlu berdaftar dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDec) kerana banyak kursus berkaitan digital dan kemahiran data secara atas talian disediakan untuk di manfaatkan usahawan,” katanya.

VAKSIN

Sementara itu, Pengerusi Immunise4life, Datuk Dr. Zulkifli Ismail berkata, peruntukan RM90 juta untuk program vaksin pneumokokal adalah apa yang pihaknya pohon sejak 2005, tetapi kerajaan Pakatan Harapan sudahpun memulakan inisiatif berkenaan dengan RM60 juta.

“Ibu bapa boleh dapatkan perlindungan vaksin pneumokokal ini daripada klinik kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Vaksin ini juga akan terus diperolehi daripada klinik swasta.

“Bagi keluarga golongan B40 boleh dapatkan vaksin ini sekarang. Ini adalah inisiatif yang baik.

“Pengecualian cukai bagi vaksinasi juga akan menggalakkan lebih ramai lagi ibu bapa mendapatkan vaskin seperti influenza, hepatitis A dan sebagainya sekiranya pengecualian cukai disediakan untuk semua vaksin,” katanya.

 

 

MOHAMAD FAZLI SABRI        DR. ZULKIFLI ISMAIL

JASMI SHAFIE

ORANG KURANG UPAYA

Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia, Jasmi Shafie berkata, persatuan menyambut baik belanjawan berkenaan kerana ia membantu perjalanan persatuan yang dinaungi lebih 1,000 ahli.

Katanya, belanjawan berkenaan diharap dapat digunakan untuk pembelian pembakar kuih dan lot kedai untuk operasi perkembangan perniagaan kuih dibangunkan ahli persatuan.

“Walaupun situasi sekarang tidak membenarkan kami menjalankan operasi peniagaan di kedai, tetapi ia tetap ada dalam pelan jangka panjang persatuan. Buat masa sekarang peniagaan ini hanya dijalankan di pejabat yang mana ia kurang sesuai,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×