Telefon pintar harga bajet - Utusan Malaysia

Telefon pintar harga bajet

HUAWEI Y6p
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAJET rendah tetapi mahukan telefon pintar dengan spesifikasi mewah?

Tidak perlu bimbang kerana Huawei ternyata memahami kehendak pengguna menerusi kehadiran telefon pintar model Y6p yang baru sahaja dilancarkan baru-baru ini.

Dikuasakan dengan EMUI 10.1 berasaskan Android 10, model Y6p ini turut dihadirkan dengan sokongan AppGallery yang mana sebelum ini menggunakan aplikasi Google Play Store.

Punyai daya penarik dari aspek reka bentuk yang menawan. Apa yang penting, penghasilannya sesuai dengan kegunaan harian dan kehendak pengguna.

Antara keistimewaan telefon pintar ini, ia dilengkapi bateri dan paparan skrin besar. Menjadi kebiasaan buat setiap pengguna, antara spesifikasi yang sering menjadi perhatian adalah penggunaan bateri tahan lama.

Maka usah bimbang kerana Huawei Y6p lengkap memenuhi permintaan tersebut kerana jangka hayat baterinya lebih lama berbanding telefon pintar utama.

Mempunyai kuasa bateri 5000mAh, ia berkemampuan menampung penggunaan harian lebih lama tanpa perlu menyukarkan pengguna untuk tujuan pengecasan semula.

Ia turut dilengkapi spesifikasi resolusi 6.3 inci (1600×720) dengan paparan nisbah skrin-ke-badan 88.4 peratus sekali gus memberikan pengalaman visual luas dengan paparan FullView Display.

Kamera belakang 13MP, termasuk kamera sudut lebar atau Ultra lebar, tentunya akan memberikan pengalaman menyeronokkan buat pengguna.

Ia turut menempatkan kamera depan 8MP memberi kepuasan berganda bagi yang menyukai penggunaan kamera depan lebih jelas.

Buat anda yang mementingkan aspek ruang penyimpanan, jangan bimbang, Huawei Y6p dibina dengan ruang sehingga 64GB yang turut menggabungkan penyimpanan cloud percuma 15GB selama 12 bulan.
Menepati pilihan spesifikasi telefon pintar impian anda? Dapatkan Huawei Y6p pada harga serendah RM559.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN