Tegar hati Sarah Suhairi - Utusan Malaysia

Tegar hati Sarah Suhairi

SARAH cekalkan hati terima kritikan dan kecaman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKAN mudah untuk bergelar artis di usia muda. Hati perlu setegar karang, semata-mata untuk merealisasikan impian seni yang mungkin sudah lama bertampuk dalam diri.

Namun niat dan cita-cita bukan jaminan. Rupa mungkin boleh dianggap bonus namun, bakat seni perlu seiring. Takut puncak yang didaki, hanya mampu dicapai seketika cuma.

Berbicara langsung dengan anak gadis berusia 20 tahun ini, dia nampak ceria. Namun di sebalik senyum tawa, pasti ada ketakutan dan cerita duka yang disimpan dalam.

Tetapi gema sorakan peminat, harapan ibu bapa dan teguh impian, Sarah Suhairi cekalkan hati menelan semua kritikan serta kecaman. Dia tahu, positiviti adalah tembok pertahanan.

Beberapa kali berdepan serangan kata-kata pejuang papan kekunci, Sarah belajar daripada setiap apa yang berlaku. Pengalaman adalah lampu menyuluh jalan untuk terus berjaya.

“Apa pun yang orang kecam atau kritik, paling penting kekuatan hati kita. Ya, kita hanya manusia. Lemah dalam menanggung semua, tetapi nasihat dan sokongan keluarga serta peminat mencekalkan hati.

“Saya sendiri banyak kekurangan. Tak ada manusia yang sempurna. Jadi jangan bandingkan dengan sesiapa. Bagus kita mohon dihargai, salah kita harap jangan dicaci,” katanya.

Bakal berentap di pentas separuh akhir Muzik Muzik mempertaruhkan lagu Bicara Rasa duet bersama Ariff Bahran, perasaan gugup menyelimuti hati. Sarah tahu banyak mata memerhati.

Mungkin ada salah yang orang tunggu. Namun dia percaya, dengan latihan serta keyakinan, lagu itu akan disampaikan sebaik mungkin.

“Memang pernah ada pengalaman terkucil, tetapi kita belajar. Perasaan gemuruh dan takut pasti ada. Itu perkara biasa lagi-lagi saya yang belum lima tahun bergelar penyanyi.

“Bagi saya, ada penyanyi yang berbakat dan penyanyi yang belajar. Saya kategori kedua. Belajar untuk memperbaiki nyanyian dan persem­bahan,” katanya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×