ANGKLUNG adalah antara alat muzik yang mudah untuk dimainkan kerana si pemain hanya perlu menggoyangkan alat tersebut bagi menghasilkan bunyi. Bunyi terhasil daripada hantukan atau perlanggaran buluh-buluh yang bergetar dalam susunan nada dua, tiga hingga empat nada dalam setiap ukuran sama ada besar atau kecil. Mungkin ramai yang biasa menyaksikan pemuzik bermain angklung secara solo atau berkumpulan tanpa mengetahui bagaimana arangka-rangka buluh itu dibuat. Tahukah anda terdapat seorang lelaki yang…