Persediaan Elizad untuk dapatkan zuriat - Utusan Malaysia

Persediaan Elizad untuk dapatkan zuriat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARU sahaja mengalami keguguran baru-baru ini, pelakon Siti Elizad Sharifuddin memberitahu dia tidak akan berputus asa dalam usaha untuk mendapatkan zuriat. Malah perkongsiannya dalam laman sosial jelas menunjukkan dia akan kembali melakukan proses rawatan kesuburan in-vitro (IVF) pada awal Januari depan.

Sempat menelefon Elizad baru-baru ini, Kekda tidak melepaskan peluang bertanyakan tentang keadaan dirinya kini.

Cukup positif dalam melalui ujian, kata Elizad walaupun berlaku keguguran namun di sebalik apa yang berlaku dia mendapat satu berita baik. Jelasnya, selama ini dia juga boleh mengandung.

Namun kerana rahimnya tidak kuat sehingga berlaku pendarahan menyebabkan dia keguguran. Berkongsi apa yang dilakukan kini, kata Elizad, walaupun proses IVF itu akan berlaku dalam tempoh dua bulan lagi, tetapi ada persediaan awal yang sudah dilakukan dirinya dengan suami.

“Apa sahaja makanan yang sihat untuk dimakan bakal ibu mengandung saya tidak akan lupa untuk makan. Termasuk buah zuriat. Malah suami juga tidak terlepas melakukan perkara yang sama.

Bagi kami, persediaan adalah sangat penting. Paling penting hari-hari saya berdoa,” katanya.

Terkenal dengan barisan drama bersiri popular, nampaknya ada berita yang mahu disampaikan Elizad sendiri. Katanya, jika ada rezeki untuk mengandung pastinya anak akan menjadi fokus utamanya tahun hadapan.

Jadi, buat masa itu dia hanya akan menumpukan kepada kerja-kerja ringan sahaja dan membuat keputusan berehat dahulu daripada mengambil tawaran untuk drama bersiri.

Semoga segala pengorbanan yang dilakukan Elizad dan suami ini akan membuahkan hasil seterusnya memberi rezeki yang paling dinanti mereka. Bagi peminat, jangan lupa untuk terus doakan pasangan ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×