Lenovo baru-baru ini mengumumkan laptop ThinkPad terbaru yang memberikan pengalaman produktiviti, jaringan dan penggunaan yang lebih cerdas dibuat untuk tenaga kerja masa depan. Menerusi binaan X1 Carbon terbaru yang menjalankan Unit Pemprosesan Pusat (CPU) Generasi ke-10 Intel, Lenovo memperkenalkan platform komersial pertamanya daripada program Project Athena, yang bersedia untuk bekerja sepanjang hari dengan kemampuan kuasa bateri tahan lama. Jajaran laptop komersial yang diperbarui juga menampilkan pembaharuan prosesor Intel Core Generasi…