Peluang menginap di rumah Shah Rukh Khan - Utusan Malaysia

Peluang menginap di rumah Shah Rukh Khan

Kempen 'Home with Open Arms' memberi peluang kepada insan terpilih menginap di rumah mewah Shah Rukh Khan di New Delhi, India.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAPAT menginap di rumah kediaman selebriti atau artis kesayangan, tentunya bagaikan satu mimpi yang menjadi kenyataan.

Membuka peluang itu, ikon Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) dan isterinya, Gauri Khan menjanjikan pengalaman yang menarik buat sesiapa sahaja yang berminat menginap di kediaman mewah mereka di Panchsheel Park, Delhi di bawah kempen Home with Open Arms.

Kempen kerjasama Airbnb yang dilancarkan pada 18 November lalu, menawarkan tetamu peluang yang jarang-jarang diperoleh untuk menghidupkan semula nostalgia pasangan bintang Bollywood ini dan penginapan semalaman itu akan bermula pada 13 Februari 2021.

Membuka peluang kepada penduduk India, pasangan pemenang akan mengikuti itinerari yang disusun atur oleh Gauri seperti menikmati sajian mewah kegemaran keluarga Khan, menonton barisan filem kegemaran dan lagu-lagu box office SRK selain menerima tanda mata peribadi daripada keluarga ini sebagai cenderamata untuk dibawa pulang.

Berkongsi mengenai pemilihan mereka sebagai hos pertama kempen itu, Gauri dan SRK menganggap Delhi mempunyai tempat yang istimewa di hati meski mereka sekeluarga kini sudah lama menetap di Mumbai.

“Kediaman di Delhi ini akan sentiasa menjadi rumah kami. Setiap kunjungan mengimbau kembali kepada kenangan sewaktu kami baru bertapak.

 

SHAH Rukh Khan dan isterinya, Gauri Khan.

 

“Airbnb telah membuatkan kami berasa seperti berada di rumah sendiri sepanjang perjalanan kami di seluruh dunia dan kami teruja untuk membuka pintu kediaman kami sendiri melalui perkongsian eksklusif ini,” kata SRK.

Dalam pada itu, menurut Pengurus Besar Airbnb India, Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan, Amanpreet Singh Bajaj, Airbnb menawarkan pengalaman unik dan tidak dapat dilupakan untuk tetamu di seluruh dunia.

“Kami teruja bekerjasama dengan dua ikon terkenal ini dalam kempen yang sangat istimewa yang menawarkan akses kepada kediaman mereka di Delhi dan julung-julung kali pernah dilakukan oleh Airbnb,” katanya.

Antara tarikan buat pasangan yang memenangi kempen ini ialah peluang menatap estetika peribadi yang merakamkan begitu banyak kenangan keluarga ini selama bertahun-tahun.

Antaranya, koleksi gambar, perhiasan di dalam bilik tidur utama, raket badminton pertama anak lelaki mereka, Aryan, berus solek dan kupu-kupu yang dikumpulkan oleh anak perempuan Suhana,

hadiah hari lahir pertama anak lelaki Abram iaitu sikat dan cermin perak yang halus buatannya serta negatif asal bagi filem kegemaran SRK.

Selain itu, sudut dinding dihiasi kad buatan tangan kiriman antara SRK dengan Gauri semasa mereka mula menjalinkan hubungan percintaan.

Untuk maklumat lanjut layari www.airbnb.com/d/homewithopenarms.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN