Larney tawar pilihan bergaya ke pejabat - Utusan Malaysia

Larney tawar pilihan bergaya ke pejabat

POTONGAN bergaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Jenama Larney menampilkan koleksi kapsul khusus wanita berkerjaya yang menekankan keselesaan dalam penataan gaya.

Sedikit berbeza dengan beberapa siri koleksi sebelumnya, kali ini ia mengetengahkan beberapa jenis rekaan lebih ringkas, praktikal namun masih lagi memiliki identiti tersendiri.

Antara sering menjadi tarikan dan identiti di rumah fesyen Larney ialah rekaan lipatan atau pleats yang menjadi tanda pengenalan sejak Larney diwujudkan.

Koleksi kapsul 2020 Larney muncul dengan beberapa rekaan memukau dan cukup selesa sesuai untuk digayakan sebagai pakaian seharian.

Bukan sahaja selesa, koleksi kali ini ternyata lebih kasual, relaks, feminin dan paling utama ia kekal berani.

RONA tanah jadi pilihan ramai.

Tidak hairanlah sejak ia dilancarkan pada September lalu, koleksi kapsul 2020 Larney ternyata telah menjadi bualan hangat, terutama pada pemilihan rona terkini seperti natural dan moss green.

VARIASI
Menurut pengasas Larney, Zura Zaibidi, sejak penularan wabak Covid-19, tidak banyak acara sosial dianjurkan dan secara tidak langsung permintaan untuk pakaian ke majlis-majlis luar juga berkurangan.

Katanya, menyedari hakikat itu, Larney mengambil inisiatif dengan melahirkan koleksi kapsul 2020 Larney, iaitu seleksi pakaian yang boleh dipakai pada bila-bila masa.

“Koleksi ini lebih praktikal tetapi masih mengekalkan identiti Larney sesuai untuk segenap wanita sama ada yang bergaya bebas atau berhijab.

“Apa yang dapat saya simpulkan, wanita Larney seorang yang berani kala bergaya apatah lagi dengan keadaan ekonomi ketika ini. Paling utama ia dijual pada harga yang berpatutan,” katanya.

Selain itu Larney turut bekerjasama dengan jenama turban terkenal Ilham Echenta menerusi kempen Women Who Can sebagai satu langkah permulaan bagi meluaskan lagi peminat fesyen Larney.

Kerjasama ini telah memberi peluang kepada jenama berkenaan menghasilkan koleksi instant turban dan instant hijab yang mengetengahkan fabrik ikonik, pleats.

Koleksi hijab Larney dijual pada harga RM129 dengan pilihan warna pastel menawan kalbu seperti merah jambu lembut dan sebagainya.

Sementara koleksi kapsul 2020 Larney boleh didapati dalam pilihan saiz S, M, L, XL pada harga antara RM139 dan RM289.

Ada dalam pilihan skirt seperti Venti Skirt, Tia Pleated Pencil Skirt, Bella Skirt atau mungkin top Larnery yang glamor seperti Venti Puffed Top, Tia Blazer Top dan Grande Puffed Top.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN