Kelembutan dan kesopanan seorang perempuan.
Dua sifat itu cukup sejati bagi menggambarkan zahir seorang wanita yang mana kali ini menjadi pilihan jenama Naelofar untuk diterjemahkan dalam koleksi hijab terbarunya.
Semanis namanya, Lalia menampilkan rekaan bunga tulip untuk koleksi kali ini yang juga adalah simbolik sifat peribadi pengasasnya, selebriti usahawan terkenal, Neelofa itu sendiri.
Penghasilannya tidak cuma ditekankan pada aspek motif, tetapi materialnya lembut selain minimalis dengan cara tersendiri menjadikan Lalia sangat indah.

Ada empat pilihan warna menarik yang tentunya menambat hati si pemakai. Koleksi itu istimewa kerana ia dilancarkan seiring meraikan ulang tahun ke enam jenama berkenaan, sejak penubuhannya pada 2014.
Elemen kelembutan tetapi diperkukuhkan dengan lima deria pancaindera.
Semua itu termasuklah daripada aspek penglihatan, rasa, dengar, sentuhan dan hidu yang menjadi fokus utama dalam rekaan tudung dan butik konsep itu.
Mengguna pakai terma World Of Naelofar, butik konsep itu direka sambil menyelami jiwa si pemilik jenama yang mahukan sesuatu moden, namun masih mengekalkan sisi kelembutan dan kesopanannya.
Lalia dijual pada harga RM99 sehelai.










