Bertuahnya Lisa Blackpink! - Utusan Malaysia

Bertuahnya Lisa Blackpink!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAYANGKAN ada pihak tertentu menganjurkan aktiviti mengumpul wang dana dalam jumlah yang besar sempena menyambut ulang tahun kelahiran anda.

Tentu mengejutkan bukan?

Barangkali itulah yang dirasakan Lisa Blackpink apabila mendapat tahu kelompok peminatnya di China kini berjaya mengumpul wang berjumlah RM1,865,564, 09 ( CNY3 juta) sejak awal tahun lalu meski pun sambutan hari kelahirannya adalah pada Mac tahun depan.

Masih berbaki empat bulan lagi dan jumlah kutipan itu dilaporkan paling banyak dikumpul setakat ini.

Menurut sumber, Lisa merupakan satu-satunya artis wanita K-Pop yang berjaya meraih wang dana ulang tahun sebanyak itu daripada kelompok peminat.

Bagaimanapun, wang itu bukanlah untuk kegunaan Lisa. ia akan digunakan bagi kegunaan amal kebajikan dan akan disalurkan kepada badan tertentu yang menguruskan projek amal di serata negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya