Komik agama sesuai untuk bacaan kanak-kanak - Utusan Malaysia

Komik agama sesuai untuk bacaan kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Membaca komik sememang­nya menyero­nokkan terutamanya bagi kanak-kanak. Oleh itu, kewujudan komik-komik berasaskan pendidikan sangat dialu-alukan untuk meningkatkan minat mereka dalam membaca.

Seperti komik Bestnya ini yang diterbitkan dalam dua siri iaitu Bestnya Solat dan Bestnya Doa, khas untuk membantu kanak-kanak mempelajari agama secara seronok dan santai.

Siri Islamik ini dipenuhi dengan ilustrasi dan grafik yang mengajar kanak-kanak cara mendirikan solat dan mengamalkan doa dalam kehidupan seharian.

Penceritaan komik juga berbentuk ringan dalam konsep kekeluargaan iaitu ibu dan ayah berperanan sebagai pendidik memberi pendedahan mengenai rukun Islam itu kepada anak-anak.

Bagi siri Bestnya Solat, tema warna kuning dipilih bagi kulit luar dan juga kandungan dalam untuk menarik perhatian anak-anak kecil dengan warna-warna terang.

PENCERITAAN
Penceritaannya juga teratur bermula daripada syarat wajib dan sah solat sehingga bacaan dalam solat yang disertakan dengan ilustrasi, menunjukkan perlakuan dalam solat seperti berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk antara dua sujud.

Lebih menarik, di setiap penerangan itu juga disertakan dengan info berkaitan dan soalan-soalan daripada karakter si anak yang bertanyakan mengenai kemusykilan solat kepada si ibu yang kemudiannya memberi jawapan mengenai persoalan itu dalam perkataan yang ringkas.

Komik Bestnya Doa pula masih mengekalkan konsep sama iaitu kekeluargaan iaitu bapa mengajarkan pelbagai doa kepada anak sebelum melakukan sesuatu pekerjaan.

Secara keseluruhannya, komik ini mengandungi 33 doa harian untuk diamalkan oleh anak-anak dan boleh dijadikan alat bantu mengajar bagi ibu bapa memupuk persekitaran yang berakhlak dan beradab sesama keluarga.

Penceritaannya juga menggalakkan kanak-kanak untuk menghafal doa berkenaan dan seronok sekiranya dilakukan bersama oleh seisi keluarga.

Siri Bestnya:
* Penulis: Atiqah Mohamad dan
Irfan Ramli
* Penerbit: Irfan Foner Studio
* Cetakan: Misas Advertising Sdn. Bhd.
* Cetakan: Misas Advertising Sdn. Bhd.
* Harga: RM10
* Pengulas: Intan Suhana Che Omar

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya