Veneer tidak sesuai gigi sensitif - Utusan Malaysia

Veneer tidak sesuai gigi sensitif

Dapatkan nasihat doktor gigi sebelum melakukan rawatan,
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pemeriksaan gigi lebih kerap antara komitmen perlu dipatuhi individu ingin melakukan rawatan veneer.

Tanpa disiplin terhadap jadual rawatan dan memandang ringan aspek berkenaan boleh mengakibatkan gigi cantik bertukar kuning atau rosak.

Pakar Pergigian My Dental Care, Dr. Zeefitri Saniah Bidin, berkata veener bertujuan mengatasi masalah gigi yang retak dan jarang.

Dr. Zeefitri Saniah Bidin

 

Kata beliau, secara umumnya prosedur tersebut dilakukan dengan melapisi gigi menggunakan bahan porselin, seramik atau komposit, bagi membolehkan bahan berkenaan berperanan menjadikan gigi terlihat rata.

“Prosedur ini kekal. Sekali pasang tidak boleh kembali seperti asal. Justeru individu perlu mendapat maklumat lanjut daripada doktor sebelum melakukannya,” katanya dihubungi baru-baru ini berhubung penggunaan veneer gigi bagi mendapatkan gigi idaman.

Ia antara pilihan dalam mendapatkan gigi lebih rapi dan tersusun, khususnya bagi individu yang memiliki masalah susunan gigi kurang menarik.

KEKAL

Pemasangan veneer gigi tidak boleh ditanggalkan malah ia meninggalkan risiko akan rosak, menguning atau terhakis jika sudah digunakan dalam jangka masa yang agak lama.

Dr. Zeefitri berkata, dalam situasi berkenaan, individu harus melakukan rawatan susulan bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku terhadap gigi pada masa sama memastikan gigi tetap cantik seperti mula dilakukan.

Dr Zeefitri yang juga Ketua Pegawai Operasi MDC Asia Link Berhad, bagaimanapun berkata, rawatan kosmetik itu tidak sesuai untuk individu memiliki gigi jenis sensitif.

“Sebelum melakukan prosedur veneer, doktor gigi akan melakukan pelbagai persiapan terlebih dahulu sebelum memulakan pemasangan.

“Doktor akan mengikis bahagian gigi yang akan melalui prosedur veener. Pengikisan ini akan menyebabkan enamel atau lapisan perlindungan gigi yang paling luar turut terhakis,” katanya.

SENSITIF

Sekiranya lapisan ini terlalu nipis, gigi akan cenderung menjadi lebih sensitif.

“Hal ini akan membuat makanan yang berbeza suhu masuk ke dalam mulut terkena pada saraf gigi yang seharusnya dilindungi, menjadikannya lebih sensitif.

“Bahaya veneer gigi yang paling utama adalah membuatnya akan menjadi lebih sensitif terhadap makanan atau minuman yang diambil. Ia adalah situasi yang kita tidak ingini ia berlaku,” katanya.

Bagi yang ingin melakukan rawatan berkenaan, Dr Zeefitri menasihati orang ramai supaya mendapatkan khidmat dan nasihat daripada pakar terlebih dahulu.

IMPLIKASI VEENER

Warna: Warna lapisan veneer dipasang biasanya tidak akan sama dengan gigi asal. Bagi yang ingin menjalani prosedur tersebut, mereka perlu lebih dahuku perawatan memutihkan gigi sebelum melakukan veneer gigi.

Hal ini kerana, jika sudah dipasang dan mendapati warnanya tidak bersesuaian, warna veneer tidak boleh diubah semula.

Masalah: Penipisan lapisan enamel turut boleh mengakibatkan gigi sensitif, lebih rapuh dan mudah berliang atau renggang. Risiko gigi berlubang dan masalah gusi lebih mudah dihadapi bagi individu gemar minum dan makan sesuatu yang manis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN