SIT 2020 diserbu geng skuba - Utusan Malaysia

SIT 2020 diserbu geng skuba

SELAIN aktiviti selam skuba, pengunjung yang mempunyai anak kecil boleh snorkeling di beberapa tempat di Pulau Tioman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAI keluar dari penjara. Itu perumpamaan selepas lebih tiga bulan terkurung di rumah sewaktu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun, seusai tamatnya PKP, banyak yang mengambil kesempatan berkunjung ke tempat menarik dalam negara.

Geng menyelam skuba juga tidak lepaskan peluang. Walaupun hampir tiba monsun, program Start In Tioman (SIT) 2020 kini sudah memasuki tahun ke-11 tetap menerima sambutan.

Malah, peningkatan kes sejak kebelakangan ini tidak mematahkan semangat penyelam sama ada yang bergelar ‘otai’ atau yang masih baru untuk meneruskan aktiviti ini.

Apa yang membanggakan, program berteraskan kesedaran terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan laut menerima sambutan.

Menurut Pengarah Program, Syed Rizalman Syed Abu Bakar berkata, prosedur operasi standard (SOP) ditekankan sepanjang berlangsungnya acara itu bermula 8 hingga 11 Oktober baru-baru ini.

                                      Syed Rizalman

 

“Kita kawal peserta dan aspek kesihatan tidak diabaikan. Tambahan pula, Program SIT 2020 yang pada mulanya saya jangka batal, bagai satu ‘virus’ baharu di Kampung Genting, Pulau Tioman apabila 88 orang hadir dalam program kali ini.

“Ini sudah pasti memberi kesan yang amat baik bukan sekadar kepada pemuliharaan dan pemeliharaan ekosistem marin, tetapi kepada ekonomi penduduk setempat,” jelasnya.

Antara aktiviti yang diadakan termasuklah melawat taman laut, mendaki, snorkeling, fun dive dan kelas untuk Open Water Diving dan Advanced Open Water Diving.

Syed Rizalman berkata, program ini bagai memberi ‘semangat baharu’ kepada penduduk yang sebelum ini tersekat selepas hampir tiga bulan dalam tempoh PKP.

“Saya sendiri pada mulanya hampir membatalkan program tersebut akibat Covid-19. Akan tetapi saya fikir, adalah lebih baik teruskan sahaja kerana jumlah kes menurun dan PKP tamat.

“Lagi pun, program ini bukan semata-mata untuk melahirkan penyelam baharu dan mempunyai kesedaran terhadap hidupan marin, sebaliknya untuk memperkenalkan pengunjung kepada kehidupan masyarakat pulau. Mungkin penyelam boleh berkongsi pengalaman kehidupan norma baharu masyarakat pulau,” jelasnya.

10 lokasi selam

Untuk rekod, Pulau Tioman mempunyai lebih 10 lokasi selam yang boleh diterokai antaranya Chebeh, Renggis, Soyak, Tulai dan Labas.

Sebahagian penyelam yang menyertai  program SIT 2020 di Pulau Tioman baru-baru ini.

 

Dalam perkembangan lain, Syed Rizalman menjangka akan meneruskan konsep conservation photoghraphy pada tahun hadapan bagi melahirkan penyelam yang cintakan kehidupan marin.

Katanya, jika tidak kerana penularan Covid-19, penyertaan SIT 2020 akan disertai penyelam dari Thailand.

“Kita telah berbincang dengan sebuah kelab menyelam di Thailand untuk membawa penyelam dan media dari sana.

“Namun, untuk masa akan datang, kita dijangka mengadakan SIT International Dive,” ujarnya.

Salah seorang peserta Suhana Ujang, 39, berkata, SIT 2020 memberi peluang kepadanya untuk belajar dan mendalami aktiviti selam skuba.

“Ini antara aktiviti paling menarik. Pada mulanya ada sedikit perasaan gugup, tetapi, jurulatih dan rakan-rakan ada memberikan panduan,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya