fbpx

15 Jun 2021, 9:33 am

  TERKINI

Saya okey digelar begitu – Maria Farida

MARIA Farida akan meneruskan karier lakonannya tetapi keutamaan tetap kepada keluarga.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAI tidak berganjak selangkah pun usia pelakon senior yang seorang ini sehingga wujud metafora ramai bahawa dia adalah seorang wanita yang sentiasa terperangkap dalam angka 20-an. Walhal, usia sebenarnya sudah menjengah angka 50.

Ternyata, kejelitaan kekal yang dimiliki Datin Seri Maria Farida begitu dicemburui ramai sehingga seringkali mengundang kata-kata nakal di luar sana.

Malah, jangan tidak tahu, ada yang berani menggelar dirinya seorang vampire atau dalam kalangan masyarakat Melayu disebut sebagai pontianak dek kerana kelebihan yang dimilikinya itu.

Tidak melenting, malah sempat tertawa kecil, Maria menganggap gelaran seperti itu begitu melucukan.

“Tak apa lagi kalau mereka cakap saya ni macam vampire. Pernah yang saya terbaca, ada yang tuduh saya ni amal ilmu tertentulah termasuk memfitnah saya buat suntikan botox dan pembedahan plastik.

“Kalau yang begitu saya tak berkenanlah. Tak pernah terfikir pun nak buat macam tu,” katanya.

Tidak berdaya memuaskan hati semua orang dengan sebarang penjelasan, Maria lebih selesa untuk membiarkan mulut-mulut itu terus bercakap, mereka-reka imaginasi sendiri.

Kata Maria, usah terlalu peduli siapa dirinya kerana apa yang penting, dia tidak pernah menjalani proses pengubahsuaian wajah sama ada secara ekstrem atau biasa.

“Memanglah wanita sukakan kecantikan, tetapi kalau nak tahu, saya ni tak pandai sangat dalam bab penjagaan.

“Rutin kecantikan pun saya tak fokus sangat. Tapi siapa yang nak percaya kalau saya katakan begini?

“Mereka cuma akan percaya apa yang mereka fikir dan nak percaya. Jadi kalau saya jelaskan panjang lebar pun untuk apa, jadi biarkanlah,” katanya.

Makan buat Maria gembira 

Sungguhpun kecantikan dalaman itu kedengaran agak klise, wanita berdarah kacukan Melayu-Filipina ini tidak menolak frasa itu juga adalah pegangannya.

Segala apa harus dimulakan dari hati, Maria mengutamakan kecantikan dalaman dan percaya itu adalah ‘amalan’ paling mujarab berbanding melakukan prosedur ekstrem lain.

“Pedulilah kalau orang kata alahai Maria ni tipulah, bohonglah, terpulang.

“Lagipun hak masing-masing anda nak buat apa pada diri sendiri. Saya pilih untuk jaga diri secara semulajadi dan jika ada yang sebaliknya, itu pilihan mereka,” katanya.

Berkongsi lanjut, Maria juga mengaku tidak mengamalkan diet pemakanan tertentu kerana makan mampu membuatkan dirinya gembira.

“Saya suka makan. Sukar untuk saya menolak makanan yang sedap-sedap di depan mata.

“Satu lagi, kalau saya nak diet atau mengambil sebarang suplemen makanan, belum tentu akan berkesan sebab saya mempunyai alahan dan kulit sensitif.

“Itu juga menjawab kenapa saya tak boleh ada rutin kecantikan yang tertentu sebab bimbang jika tak sesuai, kulit jadi semakin teruk,” katanya.

Maria yang dilantik menjadi duta produk Lucol-S yang sesuai dengan dirinya.

 

Pun begitu, Maria yang dilantik menjadi duta produk Lucol-S melahirkan rasa gembira kerana ia merupakan satu-satunya produk kecantikan yang sesuai dengan dirinya.

Menjadikannya sebagai minuman harian, Maria mengaku dirinya bukan seorang yang mudah menerima tawaran mempromosi sembarangan produk.

“Macam yang dijelaskan, kulit saya sensitif. Tak semua produk menjadi dengan saya disebabkan alahan yang dialami.

“Tetapi berbeza dengan Lucol-S. Saya dapat rasakan kulit saya semakin sihat setiap hari,” katanya.

Lakonan

Dalam perkembangan kerjaya, Maria sedar mungkin ada yang berpendapat dia sudah tidak perlu bekerja pun lantaran mempunyai suami berstatus kenamaan (VIP)

Pun begitu, isteri ahli perniagaan Datuk Seri Rahman Shakur ini menganggap lakonan sentiasa akan menjadi cinta hatinya dan berhenti tentu bukan satu kemahuan.

Namun, sebagai seorang wanita yang telah berkahwin, dia perlu memberi keutamaan kepada suami dan keluarga selain perlu menyusun atur jadual seni dengan baik.

“Lepas kahwin, dalam tempoh setahun saya akan pastikan ada dua tiga naskhah drama atau telefilem yang diambil walau tak banyak.

“Suami pun beri lampu hijau sebab dia tahu, ia mampu membuatkan hati saya gembira.

“Apa sahaja yang membuatkan saya gembira dia akan menyokong asalkan bukan perkara yang bukan-bukan,” katanya.