Positifkan amalan kerja dari rumah - Utusan Malaysia

Positifkan amalan kerja dari rumah

Jelaskan kepada anak-anak mengenai anda sedang bekerja, bukannya bercuti.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bekerja dari rumah antara norma baharu perlu dipraktikkan rakyat Malaysia.

Sungguhpun ramai mengeluh atas pelbagai faktor termasuk tidak bersedia membawa rutin beban kerja di pejabat ke rumah, tetapi disiplin baharu itu perlu menjadi amalan, bagi memastikan tanggungjawab sebagai pekerja atau majikan tidak tergendala akibat pandemik Covid-19.

Pengarah Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Fariza Md Sham, berkata perbincangan antara suami dan isteri mustahak bagi memastikan masing-masing faham bahawa peranan di rumah bukan bersantai, sebaliknya bekerja.

FARIZA MD. SHAM

Katanya pematuhan waktu kerja perlu ditetapkan bagi memastikan tuntutan kerja berlangsung tanpa gangguan. Pada masa sama urusan rumahtangga tidak terbengkalai.

“Selain disiplin diri, ibu bapa perlu mencipta aktiviti untuk anak-anak supaya mereka tidak mengganggu waktu kerja ibu dan ayah.

“Tanpa perancangan, seluruh isi rumah akan berasa tertekan berdepan dengan situasi bekerja dari rumah,” katanya yang menegaskan hikmah doa kepada Allah agar beri kekuatan dan ketabahan serta berlapang dada dalam melaksanakan tugasan dari rumah. Berikut antara panduan boleh diikuti.

1. Buka minda untuk sedia menerima realiti bahawa norma baharu dalam bekerja iaitu bekerja dari rumah, bukan bercuti.

2. Melakukan persediaan dari segi tempat atau ruang kerja sesuai untuk bekerja.

3. Menjelaskan kepada anak-anak dan keluarga bahawa anda sedang bekerja walaupun akan sentiasa berada di rumah.

4. Susun jadual baharu untuk tugasan di pejabat dan tugasan hal rumahtangga.

5. Simpan semua dokumen secara online.

6. Berbincang dengan suami atau isteri serta anak-anak dalam penyusunan jadual tugasan di rumah.

7. Tanamkan sifat amanah dan tanggungjawab dalam diri bahawa sedang bekerja walaupun berada di rumah.

8. Bijak mengawal emosi jika rasa tertekan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya