fbpx

26 Oktober 2020, 11:39 am

  TERKINI

Penerbit luah rasa terhadap pelakon baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bertemu dengan seorang penerbit baru-baru ini Kekda sempat mendengar luahan isi hatinya. Berkongsi pengalaman dirinya dalam berhadapan dengan pelakon baharu yang dianggapnya sangat melampau.

Katanya, tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menggambarkan perasaannya selain kecewa.

Jelasnya, sebagai penerbit yang sudah lama bertapak dalam industri, tentunya bukan mustahil untuk dia menilai kemampuan seseorang pelakon itu.

Tetapi ketika ini, dia juga perlu memberi ruang kepada pihak stesen televisyen (TV) untuk memilih pelakon. Tidak melihat itu sebagai satu masalah, namun apa yang mengejutkan kebanyakan pelakon pilihan itu rata-ratanya tidak boleh berlakon.

Sudahlah meminta bayaran tidak masuk akal, bila masuk set penggambaran lakonan pula hancur.

Bagi penerbit itu, mungkin sudah sampai masanya artis baharu di luar sana tahu yang penerbit kini bukanlah bodoh mana.

Untuk menghabiskan duit membayar si `kayu’, pada mereka itu bukanlah wajar dalam keadaan sekarang.

Malah jika ada yang melihat populariti dalam Instagram itu penting, baginya pula itu bukan kriteria utama. Memandangkan dia sendiri lebih rela memberi peluang kepada wajah lama sahaja.

Pesan penerbit ini lagi, dia juga bukanlah tidak yakin dengan orang baharu, cuma bila banyak kali terkena dengan perangai yang sama, hampir putus asa rasanya!