Kursus kahwin saja- Uqasha Senrose - Utusan Malaysia

Kursus kahwin saja- Uqasha Senrose

Desas-desus hubungan cinta antara Uqasha Senrose dan Kamal Adli mula bertebaran selepas berlakon bersama dalam sebuah drama.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Pelakon popular, Uqasha Senrose memberi bayangan telah menghadiri kursus kahwin apabila menerima soalan provokasi daripada pengarah Michael Ang, hari ini.

Perkara tersebut dipercayai merujuk kepada provokasi mengenai kursus praperkahwinan dan pengakuan itu telah dirakam dan dikongsi dalam akaun Instagram Michael.

Michael di dalam video ringkas tersebut dilihat mendesak Uqasha dan Kamal Adli mengenai kesahihan isu kursus kahwin setelah dilabel cuma melakukan gimik untuk mempromosi drama Perempuan Tanpa Dosa di Astro Ria kini.

“Kamal, Uqasha, orang kata saya buat gimik. Orang tak percaya, cepatlah mengaku betul ke kamu berdua pergi kursus kahwin di Kuantan?

“Kamu berdua pergi kursus di Kuantan sebab Kamal orang Pahang bukan? Sumpahlah cepat kalau saya tipu.” desaknya.

Hal itu kemudiannya dijawab oleh Uqasha dalam keadaan tersipu-sipu.

“Kursus je,” jawab Uqasha ringkas.

Uqasha dan Kamal dikaitkan bercinta sejak awal tahun lalu dan semakin akrab setelah digandingkan bersama sebagai pelakon utama dalam drama arahan Michael tersebut.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.