IGEM anjurkan Green Concert secara virtual - Utusan Malaysia

IGEM anjurkan Green Concert secara virtual

Konsert turut menampilkan barisan artis-artis seperti Datuk DJ Dave, Dato’ M.Nasir, Dato’ Awie, Ella Aminuddin dan Siti Nordiana.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Norma baharu lantaran pandemik Covid-19 tidak menghalang anak seni untuk terus gagal melahirkan sokongan terhadap perjuangan menjaga alam sekitar.

Terbaharu, melalui konsert, IGEM virtual Green Concert, nama-nama besar industri suara menyamaikan pesan supya masyarakat perlu terus menyokong segala usaha menghijaukan dunia.

Konsert yang diadakan sempena Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau dan Produk Eco Antarabangsa Malaysia (IGEM) 2020 itu berlangsung 16 Oktober lalu di Petaling Jaya dengan penampilan pengacara, Joey Daud.

Menariknya, konsert ini boleh ditonton secara virtual di seluruh dunia dengan melayari laman web virtual.com dan penganjurannyq mematuhi standard SOP sesi penggambaran yang ketat.

CEO IGEM 2020, Shamsul Mohd Nor berkata, konsert secara virtual (maya) ini adalah pemangkin untuk memperhebatkan kempen meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.

Ia juga sejajar Industri 4.0 yang memberikan pendedahan luas kepada adaptasi era digital.

“Melalui penganjuran virtual IGEM Green Concert ini kita berharap dapat mempertingkatkan kesedaran orang ramai yang juga peminat artis-artis ini untuk sama sama menghayati mesej yang ingin disampaikan oleh IGEM.

“Saya percaya melalui sentuhan hiburan sebegini, matlamat penganjuran acara kami lebih mudah untuk sampai dan diterima oleh golongan masyarakat,” katanya.

Konsert itu turut menampilkan barisan artis-artis seperti Datuk DJ Dave, Dato’ M.Nasir, Dato’ Awie, Ella Aminuddin dan Siti Nordiana.

Turut membuat penampilan adalah penyanyi muda, Asfan Shah dan Chubby Buskers dalam acara dikendalikan pelawak Joey Daud ini.

Sementara itu, penyanyi bersuara emas, Datuk M. Nasir pula menjelaskan mengenai pemilihan lagu Rimba Tari Mustikal sebagai dendangannya dalam konsert tersebut.

“Saya melihat lagu ini sangat sesuai kerana secara tidak langsung ia bercerita tentang alam, tentang keindahannya juga tentang usaha ‘menodakannya’ dengan apa yang diistilahkan sebagai pembangunan.

“Ia adalah segala galanya tentang kemanusiaan jika digali dengan lebih mendalam akan maksud lagu ini. Jadi saya turut berbesar hati kerana IGEM Green Concert berusaha untuk menyampaikan mesej mesej yang baik dan berguna ini kepada orang ramai,” katanya.

Malah, penyanyi, Ella secara tegas melahirkan kekesalan di atas sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang masih mengambil mudah mengenai penjagaan alam sekitar ini.

“ Ella harap dengan konsert sebegini, kami dapat menyentuh mata fikir pihak pihak terbabit untuk lebih cakna, lebih peka akan natijah akibat tindakan mereka,” ujarnya.

Sementara itu, Datuk Dj Dave juga turut melahirkan sokongan mengenai kempen kempen sebegini.

Beliau yang juga Penerbit Eksekutif acara menyatakan, sebagai anak seni sokongan paling kecil yang boleh mereka salurkan ialah dengan karya seni juga.

 

“Konsert sebegini, paling tidak, akan menjentik semula hati sesetengah penonton yang mungkin sudah alpa tentang alam yang kian terjejas ini. Kita perlu beri kesedaran secara berterusan agar bumi mampu dipelihara sebaiknya untuk tempoh masa yang lebih lama lagi,” ujarnya.

Program ini diadakan secara virtual (maya) akan menyediakan akses 24 jam dan boleh ditonton di seluruh dunia menerusi laman sesawang virtual.com.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.