Ceria bergaya dengan motif alam - Utusan Malaysia

Ceria bergaya dengan motif alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Motif alam jarang sekali menjemukan.

Adunan motif dan permainan rona ceria ditampilkan, seolah-olah memberi semangat baharu untuk wanita bereksperimentasi dalam gaya.

Lihat sahaja koleksi indah menerusi Levi’s X FARM Rio ini.

Buah tangan hasil kolaborasi jenama tersohor Levi’s dengan jenama Brazil, Farm Rio, dalam mengetengahkan 10 helaian untuk wanita dalam pilihan jaket, celana dan t-shirt cukup memikat hati.

Dua nama ini kreatif dalam mencanai elemen budaya dan alam sekitar dalam busana dan celana.

ISTIMEWA

 

Sedikit mengenai Farm Rio, ia adalah jenama dari Rio de Janeiro, wujud sejak 23 tahun lalu.

Ia memiliki kepakaran dalam rekaan berteraskan cetakan dan kepelbagaian corak serta menggunakan alam sekitar sebagai sumber utama inspirasinya.

Justeru sudah pastilah ia merangkumi gaya hidup Brazil, di mana ia menonjolkan rupa tropika yang sarat dengan rona serta getaran alam.

Corak bunga untuk baju dan celana.

 

Cetakan tropika dan ikon Brazil yang eksklusif seperti burung toucan, harimau kumbang, katak pokok dan burung kakak tua turut ada sebagai pilihan.

Nyata, gandingan dua nama besar dalam dunia fesyen, sedikit sebanyak membuatkan kita lebih menghargai keindahan dan kelestaraian alam.

Koleksi ceria ini boleh didapati pada harga antara RM139 ke RM499 di butik utama Levi’s.

Sebagai tambahan kepada koleksi ini, ia turut bekerjasama dengan dua organisasi alam, SOS Mata Atlantica dan One Tree Planted dalam misi menanam sebanyak 14,000 pokok sebagai inisatif memelihara serta memulihara dua hutan utama di Brazil.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN