
Kekda ingat dalam dunia serba bebas ini hanya orang biasa sahaja guna Instagram (IG) untuk try menggoda selebriti. Rupa-rupanya golongan artis popular juga cari mangsa menggunakan IG.
Menurut kisahnya, ada seorang artis baharu ini diganggu seorang selebriti popular. Jika mahu berkawan itu mungkinlah normal, tetapi ini meminta cinta dik non.
Terkejutlah artis baharu ini, ingatkan mahu berkongsi nasihat rupanya mahu berkongsi perasaan, pelik juga perangainya artis popular seorang ini.
Tetapi atas dasar hormat, artis baharu ini hanya bersikap biasa sahajalah. Bukan apa, artis baharu ini juga tidak mahu kurang ajar terhadap mereka yang lebih tua.
Tetapi itulah, bila bab nak minta cinta itu, artis baharu ini jelaskan dia tidak mahu terlibat dalam mana-mana hubungan dahulu. Mahu fokus kerjaya. Senang cerita permintaan jadi kekasih kepada artis popular ini tidak mahu dilayan.
Kekda bila terdengar kisah ini macam tak percaya pun ada, tapi inilah kehidupan kebanyakan selebriti popular, nampak sahaja gembira di wajah. Tapi realitinya memang ada yang sunyi tanpa cinta.
Tapi nasihat Kekda, kalau sudah sunyi tu pilih lah orang yang sesuai dengan umur untuk dijadikan kekasih. Pilih yang muda sangat ini kenapa ya?










