Amalkan kaedah penjimat elektik sewaktu bekerja dari rumah. - Utusan Malaysia

Amalkan kaedah penjimat elektik sewaktu bekerja dari rumah.

Tutup suis jika tidak digunakan adalah salah satu cara menjimatkan elektrik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pandemik Covid-19 memaksa berjuta penduduk negara ini khususnya yang bekerja di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mengamalkan bekerja dari rumah.

Seiring dengan pematuhan arahan kerajaan dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), tidak dinafikan penggunaan elektrik isi rumah mungkin naik mendadak daripada kebiasaan berikutan lebih masa dihabiskan di rumah.

Dalam kesibukan bekerja atau belajar secara maya sepanjang tempoh ini, beberapa cara boleh dilakukan bagi menggunakan elektrik secara berhemah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berikut antara panduan penggunaan elektrik dikeluarkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) boleh diksanakan:

* Matikan komputer dan cabut suis selepas selesai menggunakannya. Sekiranya mengecas komputer riba, matikan suis apabila selesai mengecas;

* Memastikan semua pintu, tingkap dan lubang edaran udara tertutup rapi ketika menggunakan pendingin hawa supaya hawa sejuk tidak keluar dari bilik. Gunakan kipas bagi membantu menyejukkan hawa bilik agar suhu pendingin hawa dapat dilaraskan lebih tinggi (antara 24 ke 26 darjah Celcius) bagi menjimatkan tenaga;

* Membersihkan penapis pendingin hawa bagi memaksimumkan proses penyejukan. Penapis yang kotor menghalang aliran udara dan mengurangkan kecekapan pendingin hawa;
Elakkan mencuci pakaian menggunakan air panas, melainkan sekiranya perlu dan menggunakan mesin basuh dengan muatan penuh;

* Mengurangkan penggunaan pengering pakaian. Ambil kesempatan cuaca panas untuk mengeringkan pakaian secara semulajadi;

* Menutup suis dan menanggalkan palam peralatan elektrik apabila tidak digunakan serta tidak membiarkan peralatan elektrik seperti kipas dibiarkan terpasang di dalam bilik yang kosong;
Sekiranya mandi menggunakan alat pemanas air, kurangkan tempoh mandian;

* Sekiranya ingin menggunakan seterika, himpunkan baju dan gosok sekaligus kerana ia lebih menjimatkan elektrik;

* Bagi mereka yang menggunakan ketuhar elektrik, elakkan daripada kerap membuka pintu ketuhar ketika memasak bagi memastikan suhu ketuhar stabil. Memasak pelbagai hidangan serentak juga lebih menjimatkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini