Tidak mahu hubungan toksik - Utusan Malaysia

Tidak mahu hubungan toksik

Bagi Zul Arifin perkahwinan memerlukannya bijak mengawal emosi terlebih dahulu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERNAH membuka mulut soal perkahwinan beberapa bulan lalu, ternyata ketika ini tiada apa yang mahu dikongsikan secara jelas pelakon popular ini. Bagi Zul Ariffin, pada umurnya menjangkau 34 tahun, dia cukup faham dengan keperluannya sebagai seorang lelaki.

Tidak mahu lagi terjerat dalam percintaan yang dianggapnya penuh toksik seperti sebelum ini. Tambahnya, siapa juga pilihan hatinya selepas ini, itu adalah jawapan kepada pencariannya selama ini.

“Saya tidak terfikir lagi soal perkahwinan dalam tempoh sekarang, bagi saya fokus utama adalah kerja. Saya juga mempunyai pemikiran yang tidak memerlukan saya mengiyakan sahaja dalam hubungan atau sebaliknya.

“Pada ketika ini juga saya tidak mahu terikat dengan pemikiran yang melihat perlu ada pengumuman jika seseorang itu sedang bercinta. Pada akhirnya saya sendiri tidak faham keperluannya, jadi lebih senang begini dalam memastikan kehidupan lebih mudah,” katanya.

Kongsi pelakon J Revolusi ini, pengalaman berada dalam hubungan lain sebelum ini membuatkan dia lebih faham kehendak diri. Jelasnya, ketika ini juga dia tidak mahu lagi berada dalam suatu perhubungan toksik yang akan memberi impak kepada kerjayanya.

“Jangan campur adukkan kerja dengan emosi, ini adalah cara saya. Jika saya berada dalam hubungan yang mampu memusnahkan kerjaya lakonan, saya pilih untuk tidak berada dalam hubungan itu.

“Dalam apa juga keputusan, kerjaya adalah perkara yang akan saya utamakan dahulu,” ujarnya.

TIDAK MENOLAK

Tidak menolak akan berkahwin, kongsi pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan, siapa juga bakal isterinya akan berkongsi pandangan yang sama seperti dirinya.

Tambahnya, dalam tempoh sekarang dia lebih senang untuk melalui sebuah hubungan yang tidak memberi tekanan selain membolehkan dia memberi fokus kepada kehidupan secara total dahulu.

“Bagi saya perkahwinan memerlukan saya berjaya mengawal emosi dahulu. Antara nasihat yang saya terima daripada pelakon lama bagaimana tidak membawa masalah peribadi ke depan kamera.

“Buat masa sekarang saya tidak mahu sebuah hubungan yang mengongkong, sebab lebih mudah untuk saya berkawan, bekerja dan memberi tumpuan kepada perniagaan saya,” jelasnya.

JUANG GABUNGKAN ENAM PENGARAH 

Barisan pelakon filem Juang (dari kiri), Zizan Razak, Zul Ariffin dan Jack Lim dalam majlis pelancaran penerbitan filem itu di sebuah hotel di Kuala Lumpur, baru-baru ini. – Utusan/FARIZ RUSADIO

 

Bakal terlibat dalam filem gergasi yang menggabungkan enam orang pengarah terkenal. Tambah pelakon kelahiran Taiping, Perak ini dia cukup teruja.

Filem berkenaan akan mengisahkan tentang perjuangan petugas barisan hadapan dalam berhadapan wabak Covid-19 bakal menjadi kisah inspirasi buat penonton.

“Dengan apa yang berlaku, saya boleh agak akan muncul filem seperti ini. Jadi bila dipilih untuk menjayakan filem ini saya teruja. Buat masa ini saya difahamkan akan membawakan watak sebagai salah seorang petugas barisan hadapan.

“Saya tidak tahu gerak kerja mengenai filem ini lagi namun apa yang pasti ini adalah sesuatu yang hebat untuk melihat gabungan enam pengarah terkenal dalam suatu filem,” selain Zul, Zizan Razak juga turut menjadi pilihan untuk membawakan watak dalam filem ini.

Diterbitkan tiga syarikat produksi Asia Tropical Films, The Film Engine dan Suhan Movies , filem ini merupakan olahan kisah perjuangan petugas barisan hadapan.

Bakal dijayakan 100 pelakon, antara yang mencuri tumpuan mengenai Juang bagaimana gabungan enam pengarah Aziz M. Osman, Yusry Abdul Halim, Kabir Bhatia, Osman Ali, Matt Lai dan Erma Fatima juga turut memainkan peranan penting dalam pembikinan filem ini.

Sementara itu, Juang akan menampilkan lima kisah berlainan latar namun mengambil semangat dan cerita bagaimana setiap satu daripada rakyat Malaysia terutama perjuangan mereka di barisan hadapan bangkit dan memperjuangkan kehidupan di sebalik musibah yang melanda negara.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya