fbpx

8 Mei 2021, 8:46 am

  TERKINI

“Saya ada 100 lagu”- Altimet

Altimet tampil dengan single baharu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tampil dengan single baharu, Off Day, ramai yang mempersoalkan keputusan untuk bersara yang pernah dikeluarkan penyanyi rap, Altimet dua tahun lalu.

Membidas persepsi itu, Altimet menegaskan, dia mempunyai lebih 100 lagu yang sudah dirakam dan menunggu masa untuk dikeluarkan sebagai single.

Mengakui terkilan dengan kata-kata sinis itu, dia mahu warganet tahu, anak seni juga mempunyai perancangan masa depan demi kelangsungan hidup.

“Jangan salah faham. Lagu itu sudah dirakam sebelum saya mahu bersara lagi. Malah, saya ada lebih 100 lagu dalam ‘bank’ muzik.

“Ini adalah ilham yang tuhan beri dan saya akan keluarkan lagu baharu sekiranya mahu menambah pendapatan. Itu semua kena faham.

“Penghibur bukan menyanyi untuk suka-suka. Kami juga ada perancangan masa depan. Jadi, sebelum bersara saya sudah siap sedia,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Bagaimanapun, Altimet faham dengan pemikiran warganet yang terus menerus menghentam tindakan dia mengeluarkan single baharu tanpa bertanya dahulu.

“Ini adalah rancangan saya untuk tunjuk kepada umum yang anak seni seperti kami ada tujuan dan matlamat hidup.

“Selepas ini saya akan terus keluarkan single baharu yang sudah dirakam. Tetapi kalau untuk persembahan nyanyian, maaf saya tolak,” katanya.