Mira Filzah sah milik Wan Emir - Utusan Malaysia

Mira Filzah sah milik Wan Emir

mira
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara popular, Mira Filzah sah bergelar isteri kepada jejaka bertuah, Wan Emir Astar Wan Mohd Khair-il Anuar dengan sekali lafaz tepat pukul 9 malam di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara malam ini.

Mira atau nama sebenarnya Nuramira Filzah Badioezaman, 27, dinikahkan oleh ayahnya sambil disaksikan oleh Pendaftar Perkahwinan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd. Abdul Nasir Abdullah.

Selain itu, pengantin perempuan turut menerima 11 dulang hantaran daripada pihak pengantin lelaki dan dibalas dengan sembilan dulang hantaran.

Majlis yang diadakan secara tertutup ini dihadiri 250 tetamu terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak, pengurusan, teman rapat dan rakan media.

Pelakon Bidadari Kiriman Syurga sewaktu ditemui selepas majlis pernikahan berkata dia akan tetap meneruskan kerjaya seni walaupun sudah bergelar isteri. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya