Hairul Nizam Mat Husain (Siri 2) Perkahwinan Nabi Muhammad SAW dengan sebahagian isteri baginda selepas itu adalah disebabkan faktor politik bagi mengelakkan permusuhan, menautkan hati musuh kepada keindahan Islam dan dapat menyebabkan pembebasan tawanan perang. Perkahwinan baginda dengan Saidatina Juwayriyah binti al-Harith yang bapanya adalah penghulu suku al-Mustoliq yang merupakan salah satu suku daripada kekeluargaan Khuza’ah adalah didasari faktor politik. Selepas perang antara umat Islam dan suku al-Mustoliq tamat dengan…