Halo Prihatin aktif buat kerja amal - Utusan Malaysia

Halo Prihatin aktif buat kerja amal

ARHAM Azmi (kanan) menyampaikan bantuan barang keperluan kepada pihak yang memerlukan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Keluarga miskin hidup dalam kedaifan, yang mengalirkan air mata sewaktu menerima bantuan asas seperti susu dan lampin bayi sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu, meninggalkan kesan cukup mendalam kepada Arham Azmi.

Rupa-rupanya dalam negara merdeka masih ada insan daif. Pengalaman itu cukup terkesan buat dirinya. Situasi itu mengajar dirinya untuk bersyukur dan untuk terus membantu insan memerlukan.

Itu pengalaman dilalui Pengurus Halo Prihatin, Arham Azmi ketika ditanya mengenai pengalaman tidak dapat dilupakan semasa menjalankan kerja sukarelawan.

Katanya, bertitik tolak daripada itu, dia bertekad untuk berkongsi rezeki dengan insan yang lebih memerlukan untuk menjadi manusia yang prihatin.

Arham berkata, sebenarnya tidak sukar menghulurkan bantuan kepada insan memerlukan asalkan memiliki keinginan.

Berlandaskan hal berkenaan, Simkad yang dikuasai oleh talian Tunetalk dan ditunjangi oleh utiliti Celcom, iaitu Halo Telco membuka ruang kepada ramai orang menderma.

Selain membantu pelanggan mendapat kepuasan sepenuhnya dengan pelan mereka, Halo Telco juga mempunyai organisasi komuniti bertujuan membantu orang yang lebih memerlukan iaitu Halo Prihatin.

Setiap pembelian kad sim daripada Halo Telco, sebanyak 0.5 peratus akan disumbangkan untuk kerja amal.

Arham berkata, cara itu bertujuan membuktikan keprihatinan terhadap rakyat yang dalam kesusahan, membantu pengedar yang menjual kad sim dan pengguna Halo Telco.

 

ARHAM AZMI

 

KERJA AMAL

Katanya organisasi yang baharu sahaja berdaftar sebagai pertubuhan bukan kerajaan yang secara sah ini mempunyai empat program melibatkan Halo Kids, Halo Global, Halo Bangkit dan Halo Ad Hoc.

“Halo Kids menjurus kepada pembangunan kanak-kanak, memberikan bantuan dalam bentuk peralatan sekolah dan makanan seperti sumbangan susu, baju sekolah, buku sekolah dan sebagainya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Halo Prihatin ditubuhkan pada 22 Jun 2020 dan Arham sudah terlibat dalam kerja-kerja amal sejak ia ditubuhkan. Sehingga sekarang beliau masih setia memberi komitmen kepada organisasi itu.

Setakat ini, ia berjaya menghulurkan bantuan kepada gelendangan, keluarga dan rumah anak yatim tanpa mengira bangsa dan agama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.