Baka kucing Eropah laris - Utusan Malaysia

Baka kucing Eropah laris

Kucing jenis 'British short hair'.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kucing cantik baka Eropah memiliki ramai peminat. Berbulu banyak dengan anggota tubuh lebih besar berbanding kucing biasa antara ciri tarikan dimiliki kucing ini.

Pemilik Kieracatkingdom Cattery, Noor Syakirah Mohd. Azam, 30, berkata, sejak membangunkan perniagaan haiwan daripada baka Eropah pada 2015, lebih 1,000 ekor kucing baka itu dibeli peminat kucing di seluruh negara.

Beliau menggunakan tagline ‘Ingat Baka Kucing Asli, Ingat Kieracatkingdom Caterry’ bagi menarik peminat kucing itu ke laman web yang dibangunkan khusus untuk si comel.

Lulusan Ijazah Kejuruteraan Sains dari University of Oxford, United Kingdom (UK) ini memulakan perniagaan sejurus tamat pengajian.

“Saya berkongsi gambar kucing comel berbaka Eropah dan berkongsi gambar di media sosial.

“Rupa-rupanya, ramai berminat dan menghubungi saya untuk membeli kucing-kucing berbaka asli yang diimport khas dari Eropah,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Bertitik tolak daripada itu beliau mengambil langkah untuk mendaftarkan Kieracatkingdom Cattery di bawah kelab Cat Fanciers’ Association (CFA) sebagai pembiak baka.

Hingga kini jumlah kucing berbaka asli dari luar negara itu telah dijual lebih kurang 1,000 ekor.

Harganya bergantung kepada kualiti dan juga harga yang diletakkan oleh breeder di Eropah dengan purata harga kucing bermula dari RM4,500 dan ke atas.

 

Penyanyi, Mark Adam turut menjadi pelanggan Noor Syakirah Mohd. Azam.

 

Tawar khidmat pembiakan

Kieracatkingdom Cattery membantu orang ramai mencari kucing kesayangan dari Eropah untuk dibawa masuk ke Malaysia dan menguruskan segala proses dokumentasi, pemeriksaan oleh veterinar sebelum penerbangan bagi memastikan kucing-kucing dalam keadaan sihat sebelum penerbangan.

Noor Syakirah berkata, sejurus mendarat di Malaysia selepas sekitar 15 jam penerbangan, kucing-kucing tersebut akan dikuarantin selama tujuh hari oleh pihak berkaitan.

“Semasa di kuarantin, kami akan pastikan semua kucing diberi makanan berkualiti tinggi, air bertapis, makanan tambahan peningkat imun (immune booster) dan vitamin tambahan supaya dapat meningkatkan imuniti badan bagi setiap kucing,” katanya.

Ini kerana kucing sangat sensitif terhadap pertukaran tempat, mereka mudah stres dan apabila hal itu berlaku, kebiasaannya imuniti mereka akan menjadi rendah. Jadi kucing-kucing perlu diberi perhatian yang khusus sejurus mendarat di Malaysia dan selepas ditempatkan di rumah yang baharu,” katanya.

Kieracatkingdom sangat prihatin terhadap kucing dan mahukan pemilik sentiasa peka terhadap haiwan kesayangan mereka dan pelanggan boleh bertanya kepada mereka jika ada sesuatu yang memerlukan khidmat nasihat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×