Nabila akui salah sendiri - Utusan Malaysia

Nabila akui salah sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIAP kali menjadi sasaran netizen, apa yang dilakukan penyanyi ini menerimanya dengan hati yang terbuka. Melihat apa dilalui sebagai satu lagi cabaran dalam karier seninya, Nabila Razali yakin ada pengajaran dalam setiap kesulitan yang dialaminya.

Namun di sebalik apa yang berlaku, wanita berusia 28 tahun ini juga tidak mahu berselindung rasa hati sebenarnya.

Akui penyanyi dan pelakon popular ini sebagai manusia biasa, kecaman yang diterima turut memberi kesan kepada emosinya. Malah insiden ‘terkucil’ ketika menyanyikan lagu terbaharunya Peluang Kedua beberapa bulan lepas juga masih berbekas di hati.

“Saya tahu apa yang berlaku ketika itu salah sendiri, jadi memang saya tidak boleh marah sesiapa. Namun membaca komen yang dilemparkan sedikit sebanyak cukup menyakitkan.

“Tetapi kita tidak akan mampu memuaskan hati semua orang. Jadi pilihan atas tangan sendiri, jika ada yang tidak menyukai suara dan cara saya itu pilihan mereka.

“Sebagai penghibur saya akan terus di sini menghargai mereka yang banyak menyokong karier saya sehingga kini,” katanya.

Menyentuh kontroversi terbaharunya yang dikatakan tidak bersikap profesional ketika menghadiri sebuah program radio baru-baru ini, Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd. Razali tidak melatah untuk menjawab keadaan sebenar. Bagi penyanyi ini seharusnya perkara itu lebih manis dibincangkan secara matang.

“Sekiranya stesen radio itu ada masalah, usah dijadikan bahan bercerita untuk orang ramai. Saya akui sebagai manusia biasa mungkin ketika itu ada yang terlepas pandang.

“Ikutkan program itu dibatalkan pada saat akhir namun saya dipanggil semula. Jadi, saya tetap hadir dengan niat untuk menjalankan tugas-tugas promosi lagu dan drama lakonan saya.

“Jadi saya tidak melihat perkara ini sebagai sesuatu yang besar, sebab jika masalah boleh berbincang,” katanya.

Tidak mahu memanjangkan perkara itu lagi, tambah bekas peserta Akademi Fantasia (AF) 2013, jika benar ada kesalahan di pihaknya dia memohon maaf.

“Kalau betul saya mengguriskan hati sesiapa atau mana-mana pihak pada waktu itu, saya ingin mohon maaf.
“Insya-Allah perkara sebegini tidak akan berlaku lagi,” katanya.

Kejayaan baharu Nabila

Bercakap mengenai video muzik rasmi Peluang Kedua yang menampilkan penyanyi rap MK K-Clique sebagai rakan duet untuk lagu baharu ini, ternyata ada rasa kelegaan yang mahu disampaikan. Kongsi Nabila, ini sebagai satu lagi pencapaian bermakna buat dirinya.

“Alhamdulillah, saya terharu kerana muzik video Peluang Kedua yang dimuat naik Selasa lalu mencapai jutaan tontonan dalam tempoh singkat.

“Ia mengulangi kejayaan Pematah Hati pada tahun 2017 lalu. Mungkin ia biasa bagi orang lain tapi ia satu kejayaan besar buat saya!”

“Sebenarnya saya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi kerana sebelum ini lirik video yang dimuat naik pada April lalu sudah pun mencecah 12 juta tontonan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nabila tidak menolak sambutan hangat lagu berkenaan juga disebabkan MK K-Clique yang sememangnya menjadi kegilaan para wanita.

“Sudah tentu kredit bukan pada saya seorang kerana saya percaya MK juga menjadi faktor untuk orang ramai tonton muzik video ini berulang kali.

“Dia juga memberikan kerjasama dalam mempromosikan lagu tersebut sejak dimuat naik semalam,” ujarnya.

Lagu ciptaan komposer dan penyanyi terkenal Hael Husaini dan MFMF ini turut menampilkan penyanyi rap MK K-Clique sebagai hero dan juga rakan duet untuk lagu baharu ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya