Inovasi saringan tiga dalam satu - Utusan Malaysia

Inovasi saringan tiga dalam satu

DR. Mansor Othman diberi penerangan mengenai penggunaan inovasi UMK-VISS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Penularan wabak Covid-19 belum berakhir. Malah ada tanda-tanda muncul semula berdasarkan kepada angka kes baharu yang meningkat.

Peningkatan itu nyata membimbangkan, apatah lagi ketika kita sudah bersedia memulakan semula aktiviti kehidupan harian seperti sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Antara yang mula dibenarkan beroperasi semula secara berperingkat adalah kuliah di institusi pengajian tinggi (IPT) menjelang Oktober ini.
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sebagai contoh, sudah memulakan persiapan bagi menerima pelajar yang akan mendaftar masuk ke kampus secara beramai-ramai dengan membangunkan sistem yang boleh membantu mengekang penularan Covid-19.

Kesungguhan membantu mengekang penularan virus berkenaan menjadi pendorong kepada sekumpulan penyelidik UMK menjalankan penyelidikan membangunkan inovasi UMK-V Sistem Saringan Bersepadu (UMK-VISS)

Inovasi berkenaan membolehkan proses saringan kesihatan dilakukan tanpa sentuh bagi pemeriksaan keselamatan di pintu masuk utama khususnya dalam membendung penularan Covid-19.

Pengesan suhu tanpa sentuh VISS itu dibangunkan oleh penyelidik daripada Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT) yang diketuai Pengarah Bahagian Pengurusan Penyelidikan, Pusat

Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RMIC) UMK, Dr. Abdul Hafidz Yusoff dibantu oleh Dr. Sarizam Mamat dan Muhammad Najibul Muthiie Che Ya’cob
Dr. Abdul Hafidz berkata, UMK-VISS itu adalah sistem integrasi yang mengggabungkan tiga elemen utama dalam satu sistem iaitu pengesan muka, suhu badan dan cecair penyahkuman automatik.

Penyelidikan tersebut kata beliau dijalankan bermula selepas seminggu PKP diisytiharkan dengan kos penyelidikan daripada dana khas Covid-19 UMK berjumlah RM10,000.

Setakat ini, terdapat dua unit sistem tersebut berjaya dihasilkan tetapi pihaknya bersedia menghasilkan unit tambahan berdasarkan permintaan.

“Terdapat permintaan daripada SUK (pejabat setiausaha kerajaan) dan beberapa sekolah,” ujarnya.

Berkongsi lebih lanjut beliau berkata, sistem tersebut mampu menampung kerja-kerja saringan bagi 500 individu pada satu-satu masa.

Beliau memberitahu, objektif utama UMK-VISS ini dibangunkan adalah untuk melancarkan proses saringan di samping dapat mengurangkan kontak antara manusia.

Sistem tersebut dibangunkan sebagai persiapan menerima kemasukan pelajar UMK yang akan memulakan pengajian semula pada Oktober ini, seperti yang diumumkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad.

“Sebelum ini khidmat pengawal diperlukan bagi menyukat suhu, tetapi penggunaan inovasi ini hanya memerlukan staf berjalan melalui UMK-VISS dan bacaan suhu akan dipaparkan di skrin.

“Sekiranya suhu melebihi 37.5 Celsius, buzzle berbunyi, maka staf tidak dibenarkan masuk ke kampus UMK.

“Bagi mengelakkan jangkitan melalui sentuhan tangan ketika proses membersihkan tangan, sistem ini juga dilengkapi dengan cecair penyahkuman yang mesra pengguna

“Staf tidak lagi perlu memicit botol menggunakan tangan, sebaliknya sistem ini akan mengeluarkan cecair apabila diletakkan tapak tangan. Cecair pembasmi kukan tangan yang digunakan dalam sistem ini dihasilkan sendiri oleh penyelidik UMK berpandukan piawaian dan formulasi yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” katanya.

Menurut Dr. Abdul Hafidz lagi, penggunaan sistem inovasi ini bukan bertujuan membunuh virus yang ada di dalam badan tetapi fungsi utamanya adalah sebagai langkah pencegahan.

“Oleh itu, semua langkah pencegahan lain seperti penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, pemakaian pelitup separuh muka, menjauhi kawasan sesak tetap perlu diamalkan oleh semua kakitangan semasa bertugas di pejabat,” katanya.

Menurut Dr. Abdul Hafidz, buat permulaan UMK-VISS akan diuji untuk penggunaan keluar masuk kakitangan dan pelajar di UMK.

“Alat saringan kesihatan ini amat sesuai untuk ditempatkan di lokasi lain yang berisiko termasuk hospital, klinik-klinik kesihatan, balai polis dan jabatan kerajaan yang lain,” katanya.

Sementara, produk UMK-VISS turut mendapat perhatian Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Mansor Othman ketika dipamerkan sempena lawatan kerjanya ke UMK, Jeli baru-baru ini.

Beliau teruja dengan kepakaran penyelidik UMK dalam menghasilkan inovasi yang dapat mengurangkan kontak antara manusia dan proses saringan tersebut dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat.

Dalam pada itu Dr. Abdul Hafidz memberitahu sebelum ini beliau terlibat dalam pelbagai projek penyelidikan.

“Sebelum ini saya juga terlibat dalam (penyelidikan ) menyediakan cecair pembasmi kuman sendiri, “ ujarnya.

 

Dana suburkan budaya penyelidikan

 

                                        UMK-VISS

 

Seperti juga mana-mana institusi pengajian tinggi, penyelidikan merupakan tugasan penting bagi menjana inovasi yang boleh dimanfaatkan rakyat.

Dalam hal yang sama, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pula memberi penekanan kepada empat tema utama dalam penyelidikan.

Tema tersebut adalah penyelidikan asas (fundamental), penyelidikan pembangunan prototaip, kajian impak kepada masyarakat dan industri serta kolaborasi penyelidikan .

Menurut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMK, Prof Dr. Arham Abdullah, penyelidikan di UMK juga menjurus kepada bidang-bidang utama iaitu keusahawanan, veterinar, pembangunan teknologi, teknologi maklumat, alam sekitar selain penternakan dan pertanian.

“Kita juga menyuburkan budaya penyelidikan dalam kalangan pensyarah dengan menganjurkan program seperti coffee talk.

“Menerusi program ini, kita menjemput tokoh dalam bidang-bidang tertentu untuk memberi semangat atau motivasi kepada penyelidik bagi menjalankan kajian.

“UMK juga memperkenalkan inisiatif baharu dengan mewujudkan empat jenis dana penyelidikan dalaman,” ujarnya.

Selain itu, UMK juga memberi insentif penerbitan seperti pembiayaan dan juga sagu hati kepada penyelidik yang berjaya menerbitkan hasil penyelidkan dalam jurnal yang berimpak tinggi.

Untuk tujuan yang sama iaitu untuk menyuburkan budaya penyelidikan dalam kalangan bukan akademik, UMK turut memperkenal geran khusus bagi kakitangan pentadbiran yang mahu menjalankan kajian.

Dana R&D UMK
» Geran Fundamental UMK (UMK- Fundamental)
Memberi pendedahan kepada kakitangan akademik baharu dalam usaha memupuk dan membina keupayaan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D).
» Geran Prototaip UMK (UMK-Pro)
Menggalakkan penyelidik untuk membangunkan inovasi prototaip.
» Geran Penyelidikan Impak Masyarakat UMK (UMK-SIR)
Memberi peluang kepada penyelidik untuk berkhidmat kepada masyarakat.
» Geran Padanan UMK (UMK-Match)
Meluaskan kerjasama antara UMK dengan rakan padanan dalam dan luar negara.
» Geran Pembangunan Penyelidikan Untuk Inovasi dan Pembangunan Peningkatan Kreativiti Bagi Kakitangan Bukan Akademik (UMK-NICE).
Memberi pendedahan kepada kakitangan bukan akademik untuk terlibat secara langsung dalam projek penyelidikan membolehkan dapatan kajian ini menyumbang kepada pemantapan urus tadbir UMK.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya