Malaysia Mengundi PRU ke 15 - Utusan Malaysia

Malaysia Mengundi PRU ke 15

PUTRAJAYA 19 NOVEMBER 2022, Pengundi terakhir, Muhammad Norhafiz Tajul Azahar, 29 keluar selepas mengundi sejurus pintu pusat mengundi ditutup pada jam 6 petang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU 15) di SK Putrajaya Presint 9 (2). UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuka pita keselamatan SPR di Sekolah Kebangsaan Seksyen 17 Shah Alam tepat jam 6 petang.UTUSAN/AFIQ RAZALI
Pengundi Parlimen P096 Kuala Selangor hadir menjalankan tanggungjawab sempena Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) di Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2.UTUSAN/AFIQ RAZALI
Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membawa peti undi ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi bagi Parlimen P037 Marang di Dewan Utama Majlis Daerah MARANG. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
ORANG ramai beratur menunggu giliran untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu.UTUSAN/M Firdaus M Johari
PENGUNDI kali pertama.. Nik Aisyah Fathihah Nik Mohd Fadzil 18 (kiri), A. Luvindraan 22 (tengah), dan Leeau Zi Xuan, 22, selepas mengundi pada Pilihanraya ke-15, di SMK Dato Ahmad Razali. UTUSAN /SHIDDIEQIIN ZON
Orang ramai beratur untuk mengundi di Parlimen Sepang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di SK Sungai Melut.UTUSAN/ FAISOL MUSTAFA
Pengundi yang positif Covid-19 tidak melepaskan peluang mengundi di Sekolah Kebangsaan Seksyen 17 Shah Alam sebelum tamat waktu mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15.UTUSAN/AFIQ RAZALI
Petugas pilihanraya menutup pintu pagar tepat jam 6 petang selepas habis waktu mengundi sempena PRU 15 di pusat mengundi SK Mohd Khir Johari. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
PENGUNDI muda menunjukkan dakwat pada jari masing-masing selepas mengundi buat kali pertama di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Panglima Adnan, Port Dickson.-UTUSAN/MOHD SHAHJEHAN MAAMIN.
KEADAAN sesak namun lancar di saluran 6 di Pusat Pengundian DUN Indera Kayangan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Khoon Aik.UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Pengundi muda bagi Parlimen P037 Marang menunjukkan jari yang telah dicelup dakwat kekal mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Sekolah Kebangsaan Rusila.-UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Warga emas Parlimen P037 Marang menunggu giliran untuk menjalankan tanggungjawab mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Sekolah Kebangsaan Rusila. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya